Saturday, April 11, 2009

Paceri Terung Nyonya

Seumur hidup ni la kali pertama i masak paceri ni. Lepas ramadhan & sambut raya, tekak ni masih tak berapa selera nak makan. Pulak tu naik je keje after raya, kena keje shift petang (2pm - 10pm). Jadi choices of food for dinner... the very the limited. Masa intai-intai blog mat gebu terjumpalah resepi paceri ni... ha elok sgt la tu. Bila tengok bahan-bahannya pon senang, achik pon memberanikan la diri memasaknya utk pertama kalinya. Ni ler rupa lauk bekalan pi ofis aritu, pekena ngan ikan masin pon sodap nih. Samada anda percaya atau tidak, gambar ni di snap masa dlm tren nak ke ofis... hihi...


PACERI TERUNG NYONYA
(Sumber: Cik Mat Gebu)

2 biji terung bulat
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

Terung dibuang sedikit kulitnya, potong 2 setiap biji dan belah 4 bahagian untuk setiap potongan, rendam dalam air becampur sedikit garam. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah/putih hiris, kayu manis dan bunga lawang, masak hingga harum. Masukkan bahan2 kisar yang telah dibancuh tadi. Tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
Masukkan garam dan gula (lebih sikit, sebab paceri rasanya manis), kacau rata. Tuang santan dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
Masukkan terung, cili belah dan kerisik, kacau rata, kecik kan api dan masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

* Menurut kata Mat Gebu, ini resepi kaum baba & nyonya.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...