Sunday, August 2, 2009

Singgang Daging


Ni la menu kami hujung minggu baru-baru ni. Since haziq ada mentioned nak makan sup tulang (anak i nih, sama cam mummy... bhgn yg berdaging x suka sgt, suka sangaaaatt... part yg ada tulang) & i pun dah lama tak makan singgang, i pun buat la singgang daging, kurang sket kolestrol, kan
Resepinya so simple tapi sedap you! 

SINGGANG DAGING

1 kg Tulang
2-3 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris (boleh letak lebih, jika suka)
1 inci halia - ni pun pandai-pandai lah, sama je macam masak sup daging
1 - 11/2 inci lengkuas
Sedikit asam keping
Sedikit biji ketumbar
Sedikit lada hitam - ditumbuk kasar

Masuk semua bahan-bahan & masak hingga empuk. Sesuaikan rasa, rasa singgang ini seakan-akan sup yang diperah asam limau. Isyy... tak reti la nak cerita, nak tau... kena la buat ye  


Malamnya pulak, selongkar peti sejuk jumpa jagung yg dah lama beli tak ingat asalnya nak buat apa. Apa lagi ... kukus jagung, campur susu pekat manis & sikit susu cair ... walla dah siap, terus layan makan jagung manis depan tv.  

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...