Thursday, May 27, 2010

Sotong Masak Hitam


Ni lauk yg dimasak sikit masa dulu. Hubby & anak2 memang penggemar sotong, sampai kadang2 dah kering idea nak gayakan lauk sotong nih. Resepi yang ni dapat masa belek2 buku kat MPH, Jusco Maluri. Apalagi, rembat lah... Edisi Khas 50 Sotong, kompilasi dari majalah karangkraf. Actually mak i biasa gak masak sotong masak hitam ni, tapi berbeza sket caranya. Tak penah ambil tahu sebab masa dulu macam x rela je nak makan dakwat sotong ni. Tapi versi yg ni, i tried ok gak rasa dia... x la hanyir dakwat tu maybe sbb penggunaan cili padi.

SOTONG MASAK HITAM
(Sumber: Edisi Khas 50 Sotong)

1kg sotong ~ dibersihkan, jgn dibuang pundi dakwat
20g bwg putih ~ kisar
20g bwg merah ~ kisar
100g bwg besar ~ kisar
20g cili padi ~ kisar
20g halia ~ kisar
10g kunyit ~ kisar
10ml air asam jawa
minyak, garam & gula

Panaskan minyak. Tumis bhn2 kisar hingga pecah minyak & naik bau.
Masukkan air asam jawa & kacau mesra.
Masukkan sotong & kacau. Masuk gula & garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga masak. Hidangkan.

Yaasin & Tahlil Arwah



Majlis penutup cuti CNY 2010, Yaasin & Tahlil Arwah. Biasa bila cuti panjang & ramai berkumpul, kami akan buat majlis sebegini. Yang ngenit-ngenit ni pon semua pakat join.

Wednesday, May 26, 2010

Sup Brokoli & Kentang



Resepi cedok kat dapur MaDi HaA, buat lama dah ... before buat kuih lapis kacang merah aritu tapi tak sempat2 nak share. First time wat sup2 camni, slalu guna yg segera je, jenama campbell. Sedap & senang pulak tu.. makan camtu je or dgn garlic bread; my kids & hubby pon komen yg sama. Bagus jugak buat sup ni, ninja2 tu xtau tau ada brokoli dlm ni kalau x jgn harap la dorang tu nak mkn brokoli mcm tu aje.

SUP BROKOLI & KENTANG
Sumber : Chef Sabri

300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.

February Birthday Celebration & CNY 2010


Again, this year CNY jatuh dlm bulan feb. Cuti panjang, apa lagi... balik kampung lah. Since ramai rakyat jelata yg gather2 kat masjid tanah tu sambut bday bulan feb, we all planned lah wat birthday celebration (byk ahli majlis tetingkap yg jeles tau, dorang kata balik2 celebrate bday februarians. abis tu nk wat cemana, dh selalunya masa tu cuti pjg, ramai yg berkumpul & group kami yg paling ramai ;). Dlm keluarga i yg berempat ni, 3 of us semua lahir di bulan februari... my eldest son je tersesat bulan Sept, so dah tentu i sokong 100% cadangan akak TTU. Tak pe lah bang, boleh geng ngan Ijah & ibu Ijah.


Perasan x minah yg posing bagai siap lambai2 tangan tu.. dia perasan tgh kayooo byk duit masa ni, hahaha... tu yang kemain manis senyumanmu tu. Actually before kitorg wat sessi bday ni, dia, laki i, jeam main wii monopoly. pastu komplot ngan jeam kalahkan laki i. kow2 punya... tu yg happy bukan main... ngalahkan menang More Jutaria ..

Before that, tengahari tu kitorg wat bbq & ayam percik cik Tipah, tapi lupa lak nak snap gambarnya, sodap bonar, sampai tak ingat. Ni la masa nak beramas mesra, bekerjasama ..budak kat ulu dengkil tu sampai x berbaju oke, kepanasan ..

Tuesday, May 25, 2010

I Am Not Crying Because !!!!


Arini agak kemalasan sungguh nak post anything here, sbb x berapa sihat & gambar pon x edit lagi,. So i'm gonna share an article forwarded by a friend; thanks achik for this reminder.

---------------------------------------------------------------

A man reached 70 years of age and he faced a disease; he could not urinate. The doctors informed him that he was in need of an operation to cure this disease. He agreed to have the operation done as the problem was giving him much pain for days. When the operation was completed, his doctor gave him the bill which covered all the costs.

The old man looked at the bill and started to cry. Upon seeing this the doctor told him that if the cost was too high then they could make some other arrangements.

The old man said “I am not crying because of the money but I am crying because Allah let me urinate for 70 years and He never sent me a bill.”

…and if you try to count the blessings of Allah, never will you be able to count them… {Surah Ibrahim} "Holy Quran"_,_._,___

p/s how true kan... betapa pemurahnya Dia dengan hambaNya, but still sometimes we tend to forget utk bersyukur dgn segala nikmatNya.

Friday, May 21, 2010

Chocolate Brownies Trifle



Ada citer disebalik trifle ni. Aritu mmg dah nampak kat blog Hana, tapi ingat nak peram dulu coz mcm malasss nak wat part kek tu. Sekali tu i ronda2 blog my friend, Ms 3AS, terliur tengok her simple quick n easy brownies. Rasa nak makan... terus la buat. But to my surprise... it didn't turn out exactly like her which looks moist, mine >> dry ler pulak. Rasanya sedap dah... tak tau la silap tang mana, i telek balik resepi & even check kat allrecipes.com xde bhn yg missing pon. Mungkinkah sbb saiz loyang? I guna loyang besar sgt ke? Penah wat brownies before, ok je. Then i terus tingat kat trifle Hana ni... idea yg dia dpt from TopsyTurvyMum ;) Tu la... ada hikmah juga kan... kalau x krn brownies tu tah biler la turn i godek trifle ni.

LAPISAN PERTAMA
QUICK N EASY BROWNIES (allrecipes.com)@ mana2 kek coklat - i buat brownies, hana buat kek

Ingredients:
2 cups white sugar
1 cup butter
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon vanilla extract
4 eggs
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1/2 cup walnut halves

Directions:
1.Melt the butter or margarine and mix all ingredients in the order given.
2.Bake at 350 degrees F for 20 to 30 minutes in a 9 x 13 inch greased pan.



LAPISAN KEDUA - i buat 11/2 adunan resepi atas, kes tamak ler ni. So, utk 1 1/2 adunan atas tu, mmg just nice la portionnya dgn lapisan ke 2 ni, x tebal & nipis sangat.
Source : TTM

2/3 cawan tepung jagung
1/3 gula castor
21/2 cawan susu segar
200g dark chocolate

Campur tepung jagung dengan gula dlm periuk
Tuang susu perlahan2 sambil kacau.
Masak dengan api sederhana hingga kental. tutup api.
Masukkan dark chocolate, kacau sampai larut dan sebati.
Tuang ke atas kek dan sejukkan lebih kurang 15min.



LAPISAN KETIGA - buatlah! hehe... lagi heaven & menambahkan kolestrol.baru sesuai dgn namanya trifle. apa2 pon atas selera masing2. tapi... buat la eh, lagi sodap tau... gerenti menjilat sudu... nyum, nyumm. 
Source: TTM

250g cream cheese
1/4 cawan gula
150ml thickened cream - aku gune whipping cream
1 sk parutan kulit lemon@oren - nih aku tambah

Pukul cream cheese dengan gula hingga smooth.
Masukkan thickened cream dan parutan lemon@oren.Pukul hingga sebati.
Tuang atas lapisan kedua tadi. Sejukkan 4-6 jam dlm peti ais.
Taburkan dry-roasted almonds atau hazelnuts, stoberi dan parutan chocolate.

Syabsukka


Yezzzaaa... our breakfast this morning. Menu semlm yg dipostpone ke hari ni coz ada sesuatu yg berlaku & i fobia kat dapur gas semlm.. x sempat nak citer skrg, nnt la bila i free sket. Anyway MaDiHaA dah goda i dgn resepi ni, actually jumpa lama dah resepi ni & peram dulu n nampak kat KOG last week. Tapi bila tgk boleh jd menu bfast, laju je la ahkaakk... menu2 bfast, mmg x peram lama slalu nya sbb nk goda anak2 amik bfast :idea: Muka sgt happy n excited je 2 ninja tu masuk dapur pagi ni... esp itu Shimimaro lah!



SYABSYUKKA
Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:
2 paket daging cincang
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato - i opt with tomato paste
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Thursday, May 20, 2010

Mandi manda di hutan rimba

Masa kami baru balik aritu, macam2 la ninja 2 org tu request, nak makan itu la, nak makan ini la... nak gi sana sini.... dan nak gi mandi kat Sg Congkak. Isk.. x happening lah rasa nak gi Sg Congkak tu takat 4 beranak jek. Jadi pujuk punya pujuk, dorang setuju la nak mandi manda kat belakang umah >> Hutan Rimba Ampang aka Bukit Belacan Ajak 3Q, memula ibu dia approve, then x bagi pulak ... kes si Q yg tgh x buat homework... siannn, meleleh airmata dia masa tutup pagar i hulurkan mihun goreng sbb dorang x jd pegi tu. Jadi cuma zz yg masih keboringan tanam anggur je la yg follow. Si magik kitchen, eksyen... haihh, takat air macam belacan tu x heran. Puas hati si Shimimaro dpt mandi sungai. Siap posing sakan... nak tunjuk kat 3Q katanya...
 

Potato Salad

I made this for dinner 2 weeks ago, to pair with roasted lamb (mengelat, beli yg dah siap marinate kat carrefour je... kes nak cepat le ni)... Jangan tanya mana pegi lamb nya, x sempat la nak posing maut... laju dikerjakan 3 hero kat umah tu walaupun dagingnya tak selembut mana. Yang ni dpt snap pon pasal i mmg buat lebih, boleh bawa bekal gi opis bila dh tak tau nk makan apa utk lunch. Resepi ni dah selalu buat, agak famous satu ketika dulu di RNet; slps geng2 RNet Spore buat gather2 kalau x silap. Basically resepinya macam kat bawah ni.


Potato Salad
(Sumber: murni RNet)

Kentang - direbus, potong dadu kasar
Telur - direbus, potong dadu kasar
Mayonis
Black pepper
Lada sulah
Jus lemon
Daun bawang
Gherkin - potong dadu, boleh omit kalau xde

Gaul bersama semua bahan. Perasakan secukupnya .. hihi. Simpan dalam peti sejuk coz lebih sedap dimakan sejuk.

Bila WSHxxxx mogok ...

Kejadian ni berlaku minggu pertama selepas masuk tahun 2010. zz keboringan dan suh i wat parti makan2 kecil-kecilan. I masih dlm mood malas nak kecah2 dapor, so i suggested menu utk tea time je la. Maka dtg la rombongan kat bawah ni memeriahkan majlis. Ms Mary xmo follow lak masa ni.

Time nak balik pulak, tiba2 WSHxxxx xleh start... wah, excited pulak anak2 nyamuk tu sume esp anak tuan punye keta la... then masing2 sibok lagak mc gyver. gamat jadinya. check tangki air segala, last2 report kat cik bunga & kesudahannya balik la ke Mary Hotel ngan keta atuk. Sib baik atuk dtg... Tengok ler berapa ramai yg disumbat dlm porsche atuk tu... cik libina pon kalah taww.

Peanut Butter & Banana French Toast

Our breakfast this morning ;) Very creamy & I am very pleased with the outcome. Kenyang sungguh. Credit to Kraft Singles for the idea, but... i used Cowhead Cheese Singles instead... haha... boleh jimat rm5 tau, tambah rm3 lagi boleh dpt lg 12 sliced cheese. Eh, dah melalut pasal ekonomi rumahtangga lak. Ok, back to the recipe .. one more thing to take note, i didn't dip the sandwiches into egg mixture pon, just toast atas non-stick pan.


Peanut Butter & Banana French Toast

8 slices whole meal
8 Kraft Singles
plain flour for tossing
butter, soften
peanut butter
4 ripe bananas, sliced

Butter 8 slices of bread and top each with a Kraft Singles. Spread peanut butter on 4 slices and top with sliced banana. Top another slice of bread on top. Press firm.
Heat butter in a fry pan. Dip sandwiches in egg mixture and fry on both sides until golden browned. Remove and cut into 8 triangles. Serve hot.

p/s sib baik Haziq tak school hari ni, cuti sbb hari tu ada sukan. If not, dah muka toye je dia tgk bfast camni. Hafiy takpe ... easy to please when it comes to food... dpt bread ke donut or his "two-faces bread" pun dh happy enuff 8-)

Wednesday, May 19, 2010

Apam Gula Merah

Teruja tengok orang buat apam ni when i was blog hopping ;) terus cuba jugak... not bad but I still prefer resepi dari Cik Bungamekar. Anyway, tak dapat cari lak resepi ni, nnt dah jumpa, i paste kat sini, ok.


Tuesday, May 18, 2010

Persiapan ke Kelas Solat

Gambar-gambar ni dirakam masa anak-anak pegi kelas solat dekat masjid rumah my mom; cuti sekolah hujung tahun lepas. Actually dorang eager sangat nak menggayakan jubah yg kami belikan kat Makkah hari tu.

Monday, May 17, 2010

Kacang Kuda Sira Pedas

Buat ni malam semalam utk buat teman depan tv ... punya la lama dah peram resepi ni, baru semlm la berjaya buat.


KACANG KUDA SIRA PEDAS
(Sumber: Kak Delila MyR)

500 g kacang kuda(rebus dgn garam hingga empuk dan toskan airnya)
1 tangkai daun kari
10 sudu besar cili boh
2 ulas bawang merah (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
Gula, garam dan MSG secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak
Sedikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi.Masukkan cili. Biarkan hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air.Tambahkan air asam jawa, gula, garam dan MSG.Masukkan kacang kuda dan masak hingga kering.Siap utk hidangan.

* tak gune MSG, tp guna gula

Friday, May 14, 2010

Daging Masak Prune

Ni menu sabtu lepas. Jumpa kat dapur CT Delima. Kebetulan ada stok daging beli kat kg ku yg tercinta, memang best sangat lah boleh try resepi ni. Resepi Hanieliza memang senang & sempoi. Yang penting... sedapp!


Daging Prune
(Resepi dari Chef Hanieliza)

600 gm daging (dipotong nipis)
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
2 inci halia*
(bahan bertanda* - dihiris)

1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

Jemput Minum ...

Asyik entry makanan jer kan, pekata kita minum dulu!

Dapat idea masa gi bandung 2 bulan lepas, kat Pizza Hut dorang. Menu2 pizza hut dorang mmg meriah & menggoda. Air dia pon macam2 jenis, siap boleh tapau lagi. Tapi, don't ever ask for Air Bandung, mmg xde okeh ;) Kalau kat tempat kita ni, i rather eat Dominos... tengok pizza hut je, dah boleh putus selera beb. Ok lah... jom kita tengok minuman yg I dah buat ni, sedap tau layan hari panas2 gini.


Jus Tembikai Laici

Tembikai - dipotong
Air Laici dlm tin
Buah Laici
Air sejuk secukupnya

Blend bersama tembikai & air laici. Tambah air sejuk secukupnya. Semasa menghidang minuman masukkan buah laici.

** Air laici tu sukatannya agak2 ye, jgn hingga menghilangkan rasa tembikai pulak.

---------------------------------------------------------------------------

Minuman kesihatan ni pulak, i ternampak kat Jusco masa shopping beli buah2an & batang celery. Sukatannya pon agak2 aje lah ye sbb akak malu ler nak copy paste, maless nak layan org pandang2 kita. Saja buat utk buang toxin sekali sekala kan. Lagi pun btg celery yg beli tu ada banyak lagi.

Memula si bulu mata lentik tu excited je nengok mummy dia buat jus ni coz dia ingat jus karot susu, sekali dia rasa ada rasa celery daaa... terus tolak tepi. Then bila i bagi mr hubby minum, budak yg mulut bechok macam murai ni, angkat2 kening ngan i ... konon nak pekena dad dia la..
 
 
Jus ECC

1 biji Epal
1 1/2 batang celery
3 batang carrot
Air secukupnya

Blend semua & boleh lah diminum. Kalau nak manis, boleh tambah sket susu pekat manis.

Monday, May 10, 2010

Kuih Lapis Pes Kacang Merah

Hari khamis baru ni masa intai-intai dapur MaDiHaA... aduiii... memang terliur betul tengok kuih lapis dia... kaler jer dah boleh dpt full marks... lepas tu yg lagi special nya salah satu layernya tu letak inti kacang merah... lagi la dup dap dup dap nak tau cemana rasanya. Dia pun komen kata sedapp... aduss memang sungguh saya tergoda..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa kuih ni semalam, buat sambil prepare lunch. Memang i failed dr segi rupa parasnya but taste wise, mmg marvellous u! Definitely i'm gonna make it again, hopefully dengan jayanya. Ye lah... seumur hidup ni la 1st time wat kuih lapis, jd x reti la nak mengagak masa mana nak letak lapis2 seterusnya. Jadi kuih i tu ada yg terlembik sket bawahnya... pastu bila potong dah macam kondo highland tower nak runtuh jer gamaknya .. tapi memang sangat-sangat sedap, kalah kek walnut tau! Haziq yg kurang gemar makan kuih muih ni pon boleh makan few slices. Kembang setaman hati i bila dia minta lagi. I musykil juga at first cemana dia boleh tersuka kuih ni... pikir punya pikir, i guess rasa kacang merah tu yg menggoda tekak dia sbb he likes pau n ice-cream potong kacang merah. Jadi, tak mustahil la nape dia suka. So, pada sesiapa yg nak cuba, sila jenguk resepi kat bawah ni ye.. i copy dr blog madiha, tapi resepi asalnya dr myR. Thanks to madiha for promoting ;)



KUIH LAPIS PES KACANG MERAH
Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)

Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.

Wednesday, May 5, 2010

My Sloppy Joes

I first saw this recipe kat blog MamaFaMi & terus jatuh chenta nk buat utk menu breakfast my kids memandang it's simple and boleh buat intinya in advance. Nak buat masa tu xde stock daging cincang, so semlm i prepared the filling first & pagi ni just belah roti n letak inti. I saja letak slice cheese since my kiddos mmg suka & microwave kan sekejap to melt it... siapp..



Sloppy Joes II
Source : Tamara of Allrecipes

Ingredients :
450g minced meat
2 cloves chopped garlic
1/4 cup chopped onion
1/4 cup diced carrots
1 teaspoon yellow mustard
3/4 cup ketchup
3 teaspoons brown sugar
salt to taste
ground black pepper to taste

Method :
1. In a medium skillet over medium heat, heat oil and add in chopped garlic and onion. Fry till soft and add minced meat and diced carrots. Cook till liquid almost dried.
2. Add in yellow mustard, ketchup and brown sugar; mix thoroughly.
3. Reduce heat, and simmer for 30 minutes. Season with salt and pepper.
4. Enjoy with hotdog bread, sliced in the middle.

Malam tu hafiy request nak lagi bfast ni esoknya. Mummy dia suka je.. xyah susah2 nk pikir menu bfast. Filling tu pon ada balance lg, haa... 2 hari berturut2 la layan en. Joe



A Famosa Animal World Safari: The Animal Show

Lepas habis cowboy show, kami lunch; ni dah termasuk dlm harga tiket. Then rushing plak gi tengok animal show before balik. Tu pun dah nak habis cuma Bird Show je dapat tengok from the beginning. Memang terhibur tengok lagak burung2 ni; yg kutip sampah; main basket ball; cycling etc Melopong anak akak TTU... duduk diam la sekejap ..


Actually masa kami di dunia haiwan ni, my hubby, my kids & anak adik i serta anak akak TTU gi berendam kat water world ...

Tuesday, May 4, 2010

A Famosa Animal World Safari: The Cowboy Show

Masih lagi di alam safari... berhenti jap dr tengok2 binatang sbb nak bawa budak2 ni menonton live show koboi pukul 2pm ...


A Famosa Animal World Safari: Part 2

Sambung lg citer A Famosa Animal World Safari... sebelum ni kitorg yg di "kandang". Yang ni pulak, kami bebas berlari berkejaran berkenalan dgn binatang2 tu, budak yg berdua tu suka la.


Roti Paratha Kentang

Ada sekali tu, terliur tengok Kak Ummi Kuantan tayang roti ni kat dapur dia. Kita pon cuba lah coz bahan2nya mudah & caranya simple sangat. Sekejap dah boleh makan. Hasilnya? I suka sangat... terasa rempah2 & wangi daun ketumbar. Makan gitu je pon dah cukup sedap... plus, it's healtier than roti canai sbb not that oily, definitely a keeper.


ROTI PARATHA KENTANG
(Sumber: Newbie123 MyR)

1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
1 sudu teh garam
1 biji kentang (russet potato direbus dan dilenyek) - akak guna kentang biasa jek.
segenggam daun ketumbar - dicincang halus
1 sudu teh jintan
1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun

Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.
Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.
Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.

**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Monday, May 3, 2010

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Ni projek awal tahun hari tu. Asalnya ternampak ayam ni kat blog Teratak Impian yg diceduk dr dapur Hana Kanazawa. Bukak blog hana lagi la tergoda tgk dia posing2kan ayam nih. Memang tgh kecoh sana sini masa ni org dok cuba resepoi ni. Memandangkan Haziq memang akan tersangat lah happynya kalau dpt ayam tergolek sekor cenggini, kita pon apa lagi... menerai ler jugak. Resepi ni i copy dr. Teratak Impian.


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
(Sumber: K.Mid MyR)

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.

Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
 
Gaya dramatik si bujang yg happy dpt ayam golek... dia sendiri yg sibuk suruh kita snap ni.

Sunday, May 2, 2010

A Famosa Animal World Safari: Part 1


Lagi aktiviti-aktiviti ujung taun lepas bersama anak2...

A Simple Salmon Steak

Salmon adalah among our fav 4 beranak. Haziq even like eating it raw as on sushi. But yg raw style ni si Jeam mengajor dia masa hubby n i xde hari tu. Sejak tu, pantang gi GE Mall sibuk la dia nak raw salmon sushi.

When it comes to preparing a salmon dish, i like to make it as simple as possible, so that we can enjoy its' gold medal flavour! and below is one of the recipe .. my ninjas enjoyed most.


SIMPLE SALMON STEAK
Beberapa keping salmon
Teriyaki sos (kalau xde boleh ganti dgn sos tiram + sikit gula)

1. Lumur salmon dgn sedikit garam dan teriyaki sos. Boleh marinate sekejap.
2. Letak sedikit minyak or olive oil dlm non-stick pan, masukkan salmon. Balik2kan hingga masak.
3. Jika suka boleh perah sedikit air limau nipis/lemon atas salmon semasa menghidang. Boleh dimakan macam tu je or curahkan juga blackpepper sos.

p/s akak kiut penah kata "goreng pon sodap". Nanti la akan ku cuba ye.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...