Friday, May 14, 2010

Daging Masak Prune

Ni menu sabtu lepas. Jumpa kat dapur CT Delima. Kebetulan ada stok daging beli kat kg ku yg tercinta, memang best sangat lah boleh try resepi ni. Resepi Hanieliza memang senang & sempoi. Yang penting... sedapp!


Daging Prune
(Resepi dari Chef Hanieliza)

600 gm daging (dipotong nipis)
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
2 inci halia*
(bahan bertanda* - dihiris)

1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...