Monday, May 17, 2010

Kacang Kuda Sira Pedas

Buat ni malam semalam utk buat teman depan tv ... punya la lama dah peram resepi ni, baru semlm la berjaya buat.


KACANG KUDA SIRA PEDAS
(Sumber: Kak Delila MyR)

500 g kacang kuda(rebus dgn garam hingga empuk dan toskan airnya)
1 tangkai daun kari
10 sudu besar cili boh
2 ulas bawang merah (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
Gula, garam dan MSG secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak
Sedikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi.Masukkan cili. Biarkan hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air.Tambahkan air asam jawa, gula, garam dan MSG.Masukkan kacang kuda dan masak hingga kering.Siap utk hidangan.

* tak gune MSG, tp guna gula

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...