Wednesday, May 26, 2010

Sup Brokoli & Kentang



Resepi cedok kat dapur MaDi HaA, buat lama dah ... before buat kuih lapis kacang merah aritu tapi tak sempat2 nak share. First time wat sup2 camni, slalu guna yg segera je, jenama campbell. Sedap & senang pulak tu.. makan camtu je or dgn garlic bread; my kids & hubby pon komen yg sama. Bagus jugak buat sup ni, ninja2 tu xtau tau ada brokoli dlm ni kalau x jgn harap la dorang tu nak mkn brokoli mcm tu aje.

SUP BROKOLI & KENTANG
Sumber : Chef Sabri

300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...