Thursday, June 24, 2010

Kek Oren Fernleaf


Hari ni tak de hasil baru dr dapur yg nak dikongsi kat sini. Actually ingat semlm nak buat Kuih Bakar Kentang yg ternampak kat blog mynurkasih tu. Dah beberapa hari terasa kesedapannya kat tekak nih. Macam la penah makan ^_^. Tapi gi kedai dekat2 rumah, kentangnya tinggal sikit & tak berapa elok. Tingat kat Muffin Pisang Keju tu tapi pisang yg kat kedai tu macam x best je, so x jadi gak la.

So just nak share resepi kek oren ni yg dulu2 suka sgt buat bila rasa nak makan (dah penah share, tp kat fp) coz all the family members love it. Gambar ni pon gambar lama tau. Masa tu kita x reti godek2 internet nak cari resepi, tu yg stick to this one je. Sedap tau sebab the tangy flavour dr orange juice & kulit oren tu. Baunya pun wangi je. Tapi sekarang hampir ku lupakan resepi ni sbb pjg sgt queue resepi baru... huhu. Queue panjaaaannnggg, macam x gerak je u... Yg ni ada filling blueberry ye.

 

Kek Oren Fernleaf
Sumber: Fernleaf Butter

250g butter
250g gula - kurangkan to 220g
240g tepung
4 biji telur Gred B
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit limau
1 cawan jus limau
1 sudu teh jus limau Sunkist (optional)

Mula-mula pukul butter dengan gula sampai kembang.
Kemudian masukkan telur satu-satu sampai kembang dengan high speed.
Kemudian tepung tadi (ayak terlebih dahulu dengan baking powder tu). Gaul rata.
Masukkan segala jus tadi dan bakar sampai masak. Suhu bergantung kepada oven anda.

Note:
** Jika memarut kulit limau, pastikan tak terambil bhgn putih tu ye utk elakkan kek rasa pahit.
** Untuk letak filling, letak sedikit adunan dlm papercup dan letak filling di tengah. Tutup filling dengan adunan semula.


Masa ni terlebih rajin, sebab baru pandai main icing.

p/s Hari ni Robinson's on sale. Sape yg dekat2 tu ... mai jengah sini.

1 comment:

  1. lawo nyerr..tangan seni tul..bila la nak pandai buat menda alah ni.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...