Posts

Showing posts from July, 2010

Colek Ikan Tenggiri

Image
Menu berbuka hari selasa. Puas dok pikir nak masak apa ikan ni, asam pedas... semalamnya mak dah rasa yg mak masak, goreng berkuah air asam dah selalu. Ronda-ronda blog Secubit Garam berkenan la pulak resepi yg satu ni. Nak2 acap kali K.Nor dah buat. Lagi pun simple nya... tapi alhamdulillah sedap mmg kena sgt la dgn tekak cik abang & anak bujang I yg berdua tu. Menu simple ni, biasanya I gandingkan dgn yg simple2 jugak supaya x diover shadow oleh menu yg lebih glamour... mmg kena sgt la dgn telur dadar cencaluk & ulam timun sambal belacan & my fav tumis tempe. Bertambah2 nasi masing2. Akan jadi menu pembangkit selera sahur kami ni, definitely! Tq K.Nor. Dan dessertnya, as per requested by dear hubby la..  Pisang Bali. Nasib baik puasa, x la rasa guilty sgt intake carbo berlebihan ;)
COLEK IKAN TENGGIRIby Zaliana MyR

4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato…

Udang Wangi

Image
Cooked this for berbuka on monday. Resepi dapat dr fp k.rinn. Tapi my version ikut dan je la... masak pon lepas balik keje nak cepat, xde daun kari ganti daun ketumbar, udang kering x rendam, udang basah pon x sempat dah nak belah2 belakang. main lebur je masuk kuali ;)
UDANG WANGI Sumber : Buku Masakan Tradisi Halimah Shuib
300gm udang basah saiz sederhana/besar, dibersihkan dan dibelah belakang Segenggam udang kering, direndam dan dirumbuk halus
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api, dicincang halus
3 tangkai DAUN KARI...
5 ulas bwg putih, dicincang halus
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bwg putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.

Haa... Baju Anting-anting???? Kau ada?

Image
Last weekend... I tengah sidai baju & seperti biasa, Hafiy ni dia mmg suka tengok or menjenguk I buat keje, so layankan je la dia nak borak2 tu. Tiba-tiba sambil nak bermanja2 tu dia bagi soalan cepumas pulak... Mummyyyy... kalau baju anting-anting mummy tu slalu mummy basuh macamana? Dengan ligatnya terus I terfikirkan jubah I yg berlabuci mengerlip2 tu sambil cuba tahan ketawa. Ooo... baju tu x boleh masuk mesin, mummy basuh dgn tangan je la. Isk, tapi nape adik panggil anting-anting pulak? Ye la, afiy tengok baju tu shiny macam anting-anting je. Ada-ada je budak ni. Haa... u all ada ke baju anting-anting, macam kat bawah ni?

p/s Rindu la plak nak dgr suara nyaring dia tu right now sbb Hafiy dah ada kat Masjid Tanah pon ikut my mum & my sister. Dah tak sabar2 nak balik kg Nekyang nya sampai we all plak yg kena tinggal. Ingat ok gak la Haziq tinggal follow we all balik kg esok, tp mlm ni dia request nak teman atuk dia yg tinggal sorang2 kat rumah pulak. Sunyi je rasa x boleh mem…

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce

Image
Agak sibuk sket this week, masih lagi menu hari sabtu aritu. Biasa la, tengok ramai yg dah buat & komen yg best2 tu kita pon xmo ketinggalan gak. Memang syok la makan ikan bilis ni, krup krap krup krap... Jadikan snack pon best. Thank you, thank you utk semua atas komen u all yg memberansangkan utk resepi ni. Rasanya Chik Mi yang introduce resepi Amy Beh ni. Boleh buat lagi ;) Resepi I copy dr Hana yg dah dialih bahasa. Terima kasih ye dik.
CRISPY ANCHOVIES IN HONEY LEMON SAUCE Sumber: Amy Beh

250g ikan bilis kopek
1 cawan tepung ubi - hana gune tpg katakuriko
1 tbsp minyak bijan
4 batang cili kering - potong
6 biji cili padi - ketuk - hana x ltk
1 biji bawang besar - hiris
2 biji lemon - perah ambil jus
3 tbsp madu
2 tbsp air - tak letak
1 tbsp sos ikan
Kacang gajus panggang - hana tambah kcg tanah
bijan
daun kari

Basuh ikan bilis. Rendam sekejap dlm 10-15min. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel. Campurkan dengan tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan …

Pisang Bali

Image
Lepas lunch Sabtu aritu, gi jln TAR ngan adik nak cari tudung. On the way balik, borak2 lam keta terasa lak nak makan Pisang Bali >> penemuan dessert ni masa dia gi ngeteh kat Aseana Cafe, KLCC tahun lepas kot. Dah kul 7pm waktu tu, nak makan punya pasal... usaha kan jugak cari pisang. Tak pasti dessert ni ada ke x kat Bali ye. Pernah nak cuba kat Restoran Kg Daun, Bandung tapi x berkesempatan sebab ramai sgt org queue nak masuk... terus give-up. So, x sure la sama ke x. Resepi ni hasil try & error my sis Cik Bungamekar. Semalam pon hubby dah request suh buat utk berbuka hari ni.
PISANG BALI
6 biji pisang nangka (yang belum betul2 masak, yg dh lembik x sedap) 1 1/2 sudu makan marjerin/butter 1 1/2 sudu makan gula pasir Kelapa putih parut Gula merah
Pisang dibuang kulit & dibelah dua memanjang jika terlalu besar. Jika kecil, x perlu belah. Panaskan marjerin dlm non stick pan. Bila dah cair, masukkan gula & kacau hingga gula keperangan. Masukkan pisang. Masak pisang dgn membal…

Mi Udon Goreng Lada Hitam

Image
Menu sarapan anak2 pagi tadi. Saja je goreng udon pulak, nak pancing tekak dorang makan pagi. Alhamdulillah laku. Dapat resepi dr majalah, tapi dah lupa namanya. Kalau nak cuba, ni resepi asalnya...

MI UDON GORENG LADA HITAM
300g mi udon
100g daging kisar
50g tauge - xdetak letak
20g cili hijau & cili merah dimayang
10g daun kucai - xde tak letak
10g serbuk pati ayam
30g sos tiram
5g gula
10g sos soya hitam
10g lada hitam
I tambah >< 2 sb sos tomato & sedikit carrot

Celur mi dgn air panas hingga lembut
Panaskan kuali dgn sedikit minyak & masukkan daging kisar. Bila dah masak, ketepikan.
Tumis lada hitam hingga naik bau. Masuk mi udon. Tambah bahan2 perasa & sos. Kacau sebati.
Masuk tauge, cili hijau, merah, kuchai & daging tadi.
Gunakan api besar & kacau hingga masak.

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut @ Pla Tod Rad Sos Bai-ma-krood

Image
Ni menu yang digandingkan dengan sup ayam tu. Memang best lah resepi yang dikongsi oleh K.Nor ni! Thanks ye kak bagi idea memasak, dapat suami & anak2 I merasa menu yg sedap ni. Ramai juga yg dah mencuba nampaknya. Hubby & anak2 suka sangat sebab ada persamaan dgn menu fav dorang yang selalu i masak >> Sotong Sos Tiram, bezanya yg tu xde letak cili padi & daun limau purut tapi tabur bwg putih goreng. Untuk resepi ni I guna ikan merah instead of bawal.

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
(Sumber: K.Nor)

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5…

Sup Ayam Hadnyai

Image
Weekend baru ni Hafiy demam, dari Jumaat malam lagi. Memang tinggi temperature dia, reached 40 sampai doktor masukkan ubat kat bontot la. Dia pulak complain sakit tekak susah nak menelan & request nak makan sup ayam & bubur je utk lunch hari Sabtu. Saja mencari kelainan nak cuba sup ayam berempah ni, terliur tengok sana sini org dok try. Memang best rupanya sup ni, boleh masuk buku ^_^ no wonder ada yg asyik dok ulang buat je. Thanks to Pyhonda MyR & kawan-kawan yang dah berkongsi cerita tentang kesedapan sup ni ;) Resepi I copy dr blog Yatie
SUP AYAM HADNYAI (Sumber: Pyhonda MyR)
800 g ayam, dipotong sederhana besar 5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm ha…

Strawberry Chiffon Cake

Image
My crave for chiffon cake is not yet over ;). Jadi balik kerja semalam terus godek sebiji chiffon lagi tapi kali ni I tried resepi yang dikongsi oleh Mamafami. Actually resepi ni lah yang mula2 memekarkan minat nak men'chiffon' tu sebab dapat feedback yang sungguh memberansangkan dr Maz. Alhamdulillah ... Memang terbukti la bagai dikata Maz, tersangat lembut, gebu kek ni. Resepi asalnya Pandan Chiffon Cake but I tukar to strawberry since bujang kecik I the other day request for Strawberry flavored cake. Thank you to these 2 ladies & the contributor for promoting this lovely recipe; which is a definite keeper ^_^.

Pandan Chiffon Cake Source: Nyonya Food
Step 1:
Ingredients
8 medium egg yolks
2oz fine sugar
2oz Pandan /Screwpine Leaves Juice ( Made from blending 6 Screwpine leaves with 2 – 3 oz water) - I letak strawberry paste & strawberry filling
3oz corn oil or olive oil
5oz self raising flour

Method:
Beat egg yolk and sugar lightly with a hand whisk till sugar dissolve.…

SAHABAT

Image
"Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya."

Agar-Agar Santan Gula Merah

Image
Terasa nak makan agar-agar hari tu dan agar-agar ni jadi pilihan. Lagi pun pati santan baki chiffon pandan tu ada lagi. Kali ni try resepi yang ternampak kat rumah kak dZana. Thanks ye kak & tuan punya resepi. Sedap wat sejukkan tekak.
AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH Sumber: Watie penang
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis) bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.
Kecilkan api.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

Pandan Chiffon Cake

Image
Demam chiffon ai x kebah lagi ni ^_^ sejak tahu menchiffon ni x susah mana & hasilnya pon berbaloi2.. Ni kek yang dibuat weekend baru ni. Dah habis pon & rasa nak buat lagi, lagi & lagi ;) Kali ni I cuba resepi Cik Mat yang dah dipromote oleh Izah aritu. Cuma kali ni tekstur kek I ni dah x sesuai dipanggil chiffon kot sbb x bersarang2 sgt macam hari tu gara-gara tambah yogurt dlm 2 sudu makan (ni kes nak menghabiskan baki yogurt buat kek chiffon yani aritu) Tapi dari segi rasanya... maintain sedap, well actually sangat sedap, moist, lembut & gebu. Colour kek sket punya terang hijaunya sbb bubuh 1 sudu besar pandan paste, hihi. Ok ni resepi yang I copy dr rumah Cik Mat ye, resepi asal Blueberry Chiffon Cake. Thanks to penyumbang resepi.
BLUEBERRY CHIFFON CAKE
Sumber: Cik Mat (Dapur Tanpa Sempadan)

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blue…

Kopi Cham

Image
Air ni digandingkan dengan telur goyang kat bawah tu mmg best lah... Wahhh! rasa macam duduk kat kopitiam ;) Resepi ni ilham rasa dr sessi menge-teh & mengopi kat kopitiam ler ^_^. Utk those yg addicted to both coffee & tea like me. Resepi ni agak2 je ikut sedap tekak masing2. Cara I seperti di bawah:
KOPI CHAM - menghasilkan lebih kurang 3 cawan seperti saiz di atas

2 uncang kopi - I suka guna cap Tupai Sin Sing, sometimes Aik Cheong / 434
2 sudu besar serbuk teh
3 cawan air panas
>< 4 sudu besar susu pekat manis

Campur kesemua bahan2 di atas ke dalam periuk. Masak atas api hingga mendidih. Tapiskan air ke dalam teko & campurkan susu pekat manis. Sesuaikan rasa & hidang.

p/s Masa minum hubby bagi teka teki kat anak2 pasal nama air ni. Cuba teka, patutnya nama air ni apa? Dia campuran kopi dgn teh tau!Puas la budak berdua tu meneka... tapi x tersebut pulak diorang nama yg satu tu; k*t*h  ^_^ Err... mmg bahaya kalau kopitiam pakai nama tu kan... Mamak,nak k***h satu…

Baked Egg

Image
Our breakfast this morning. Nampak kat dapur K.Ummi, tiru le jugak since dah kering idea nak buat breakfast apa utk si ninja2 tu. Tapi simple habis la just telur, whipping cream & pepper coz xde olives & kosher salt tu. Even breadcrumbs pon xde, nak buat sendiri... roti pulak dh habis buat puding aritu. Komen... me? nx mampu nak komen sbb never like 1/2 boiled eggs...  jadi my version pg tadi x goyang lah. Tanya cik abang... suapan pertama dia kata manis, dah banyak suap baru dia cakap, best la jugak ;). Haziq licinnnn... Alhamdullillah, sedap la tu. Yang serba kurang ni pon sedap, kalau ikut sebijik mau lg best nih. Resepi ni kita copy dr K.Ummi, thanks kak memberi idea utk breakfast anak2 I.  
BAKED EGGS Sumber: Culinate.comdi Sini

2 large eggs
3 Tbsp. whipping cream
2 castelvetrano olives, pit removed and each olive torn into 2 or 3 pieces
~ Kosher salt and freshly ground pepper, to taste
3 Tbsp. toasted breadcrumbs (homemade; see Note)

Steps:-
Preheat oven to 350 degree…

Ikan Pari Masak Hijau

Image
Menu lunch semalam. Teruja nak try bila nampak K.Nor & Ayu punya sbb sebelum ni pernah makan ikan pari goreng tepung, dicurah dgn sos macam sos 3 rasa somewhere dekat Crystal Bay, Umbai kalau x silap... ingat2 lupa nama tempat tu sbb pegi dah mlm x nampak sign board. Sangat sedap ikan pari goreng celup tepung tu. Ok back to lauk ni, I agak kemalasan semlm so mmg xde lauk lain dimasak cuma lauk ni semata-,ata tapi ninja2 tu makan bertambah. Hubby pon sama... sekali sekala makan lauk macam ni, pekena lak dgn nasi panas2, berulam kan pulak timun dgn sambal belacan, syiokk habisss..  I tiru K.Nor, tambah cili padi & lada hijau tumbuk kasar. Resepi dr Ayu yang I copy dr K.Nor. Terima kasih both.
IKAN PARI MASAK HIJAU
(resipi ambil kat dapur Ayu)

2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
g…

Puding Roti Marble

Image
Buat puding roti ni sebab nak habiskan 3 keping roti yang dah berapa hari tak usik. Biasa roti kat rumah ni, kalau 3rd day bila dia keras sket... mula la x laku... jgn katakan budak, mak pak budak pon dah x berapa nak pandang. Ye la nak cicahkan air pon roti tu tetap terasa kurang ... macam kering je. Thanks to Chik Mi yang dok tayang puding roti dia hari tu, dapat gak kita ilham nak menghabiskan roti ni sebelum expired. Cuma I letak milo instead of choc emulco. Sedappp... manis pon sedang2 aje, kena la dgn tekak ni. Memang laku sgt la sebab makanan sejuk kat tekak ni, mmg favourite cik abang I. Selamaattt dr pembaziran. Thanks gak kat Hana, tuan punya resepi ;)
PUDING ROTI MARBLE
Sumber: Hana

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar…

I'm not children, I'm a student

Image
Hari tu masa tgh breakfast before going off to school, Hafiy sibuk la cari ubat sakit tekak nak makan kerana kononnya dia kata tekak dia sakit, abang pon sama jugak la. But I syak, it's something else... 2-3 days before that I ada bagi dia ubat sakit tekak yg macam gula Polo warna hijau tu & that's when he n abang found out ubat sakit ni best, not that bad coz rasa macam gula2.. Terus la lepas tu bebila sakit tekak je, sibok la nak makan ubat hisap tu kononnya it really help. So that day ...when Hafiy was about to take the one above, hubby said it's not suitable for children & it's for adult. Plus it taste different dr ubat yg sebelum ni, dorang mesti x suka nanti. Dia macam tak percaya je, terus belek kotak ubat tu & bagitahu abg dia ... Betul la bang ... dia cakap Keep out of reach of children.Abang pulak jawab...Abang not children dik, I'm a student ... kan mummyHahaha... x boleh tahan, i pandang my husband & terus terburai ketawa kami dan kami e…

Flourless Peanut Butter Cookies

Image
Salam... aduhaii... 2-3 hari ni payah betul nak update blog, dgn internet yang slow & blogger yg macam kura-kura semput. Letih betul bila tunggu upload gambar last2 kuar error. Actually kooki ni I buat sekali dgn chiffon kat bawah tu, tapi tu la sempat update yg chiffon je hari tu. Tak larat dah nak melangut depan pc lama2 menunggu blogger yg lembab nih. Resepi ni dah lama dah simpan sebenarnya. Sana sini org dok test2 kooki utk raya..., I pon tak mo ketinggalan gak, hihi... maka teringat la resepi kooki versi malas nih. Lagi pun stok peanut butter ada dlm fridge lama tak berusik, sebelum dia expired baik la dibuat sesuatu utk elak pembaziran. Btw, kooki ni jenis soft cookies ye kawan2. Resepi kata bakar 8 minit, bila I rasa tak crunchy, masuk oven lagi, bakar dekat 20 mins, still soft. Maka sahih la ia xkan krup krap krup krap. My husband x suka this type of cookies, macam lemau je katanya. My friend yg suka biskut lemau cakap sedap. Nampak rupanya kurang menarik sbb I buat koson…

Yogurt Chiffon Cake

Image
Alhamdulillah... akhirnya tercapai cita2 nak makan kek chiffon homemade ^_^ malam tadi. Asalnya nak try resepi mamafami yg Maz promote kat blog dia or resepi cik mat gebu yg Izah dah cuba. Tapi, ternampak resepi yani yg lebih ringkas bahannya ni, maka I cuba buat yg ni dulu. Ye la... incase x menjadi, x la membazir nanti. Alhamdulillah menjadi... cuma hubby kata kurang manis but to me ok je. Mmm... mungkin kalau letak yogurt berperisa dah tak perlu tambah gula. Apa2 pun lembut, moist & spongy kek ni. Wangi je bau lemon. Colour nya pon sweet & menarik. I like! Definitely a keeper. Cuma next time buat nak kena double the recipe sbb loyang yg I ada besar. Maka kek yg I buat ni agak rendah la jadinya. Ok, ni resepi yang I copy dr blog Yani. Thanks Yani utk resepi yang mudah & sedap ni ;).


YOGURT CHIFFON CAKE
Sumber: Yani

4 biji telur
60g gula kastor 110g yogurt 20g jus lemon 2 sudu besar minyak masak 40g tepung gandum 40g tepung jagung ( corn starch) 1 sdk baking powder
Asingkan…

Kek Marble Trio

Image
Kek ni kita buat semalam sbb request dr adik yg nak bawa sebagai buah tangan ke rumah member2 ofis dia. Actually dia x kisah pon buat kek apa. Tapi since kita teringat kat kek Maz yg cantik berbelang2 tu, maka kita pon buat kek belang jugak lah. Colour combination pon tiru sebijik macam dia ;) Sekali buat 3 adunan terus... biasa la, bila buatkan org, diri sendiri teringin gak. Sedap & moist kek ni, bertambah2 moist on the 2nd day. Resepi famous Cik Mat Gebu, tapi kita copy dr Maz je.

KEK MARBLE TRIO
Sumber Resipi : CMG (Dapur Tanpa Sempadan)

280 g tepung gandum*
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh bakingg powder* (*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250g gula halus
30g gliserin*
20 ml air* (satukan) - I xde susu cair, ganti dgn susu kotak
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco - I ganti dgn pandan paste
1/2 camca teh ros essence - I ganti dgn pewarna merah


1.Lenser tin berukuran …

Syoknya makan durian...

Image
Hari Jumaat baru ni otw nak balik rumah hafiy called bagitahu kat rumah mak dah ada durian. Apa lagi, x jadi la I nak balik umah terus, instead melencong ke rumah mak I. Tak lama lepas tu makcik I anak beranak sampai. Maka sessi makan durian kami bermula la selepas maghrib ^_^. Alhamdulillah, rezeki hari jumaat.

Tukang kopek durian yg sambil tu merasa setiap satu ulas dr durian2 yg dikopeknya. Last2 x jadi nak makan pulut durian dgn santan gara2 dah kembang pipi kekenyangan makan durian masa mengopeknya.

Tempoyak in the making...


dan... pulut bersama kuah durian ... mmm... yummy!

Strawberry Chantilly

Image
Dessert utk berbuka hari sabtu ;) Sedappp... cuma kes malas nak timbang & nak cepat, terlebih gelatin utk puri strawberry tu, kalau dpt yg goyang2 cam K. Ummi & Maz mmm... bertambah2 la sedap nya. Thanks K. Ummi... share resepi dessert yg ada kelasss nih! Lain kali boleh cuba dgn buah lain pulak. Resepi copy dr K.Ummi ye.

STRAWBERRY CHANTILLY
(Adaptasi dari Majalah SAJI dan diubahsuai caranya)

Bahan Lapisan A:- 100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panas

Bahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)

Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.


Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bers…

Jus Tembikai Soda

Image
Ni pulak jus penghilang dahaga utk berbuka hari tu. Actually teringat kat Orange-Lychee punch tapi orange juice pon xde nak buat cemana. Yang ada buah tembikai jer. Saja cuba letak aiskrim soda nak bagi ada punch! Nasib baik sedap. Cara I, 1 bhgn aiskrim soda + 3 bhgn jus tembikai.

Sambal Udang Malbari

Image
Hirup sup uri untuk kekal cantik? Anda sanggup? I tak rela u, biar la muka kedut seribu pon xpe. Tajuk frontpage Metro hari ni. Eeeii ... geli geleman dengar. Punya la taksub nak kekal cantik, sanggup dorang2 ni ikut ajaran songsang. Yang makan uri bayi sendiri pon jugak. Tak masuk akal betul lah! Macam2 perangai manusia akhir zaman ni.

Ini menu berbuka Isnin baru2 ni. Baru sekarang nak update sebab 2-3 hari ni internet menyakitkan jiwa jer. Berbalik kpd lauk ni, sedaplah, I like! Tak sia-sia mencuba. Tambah2 I masukkan daun ketumbar, wangi & bertambah sedap sambalnya tu. Memang suka aroma daun ketumbar nih. En. hubby & anak2 pon suka. Puas hati betul berbuka hari tu. Terima kasih to Kak Ummi yg berkongsi resepi tapi I copy resepi ni dr blog Ayu. Thanks to u gak Ayu, for promoting. I x letak pon biji sawi coz xde stok.
SAMBAL UDANG MALBARI
Sumber: Kak B @ http://sinful4688.blogspot.com/

1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
3 sudu teh rempah kari ikan
2 …

Mummy, ni bilnya ...

Image
Nak cite sket pasal hafiy, my 2nd son. There's one day lepas lunch kat umah, dia punya la rajin meng'offer'kan dirinya nak tolong kemas meja. Siap nak cuci pinggan lagi tp yg ni I x bagi karang basah2 baju lantai sume makin bertambah kerja mummy dia ada la. Just let him kemaskan meja, letak pinggan dlm sink & lap meja tu. Tapi dia sempat gak la cuci cawan.Lepas dah siap sume tu, sekali dia tunjuk kertas kat atas tu daa... siap senyum simpul angkat2 kening lagi. Oooo... patut la rajin sgt. Rajin ada makna....  Ni gara2 nak kumpul duit beli bmw lah ni. Abang dia gelak tp dia dgn lagak coolnya senyum jerr sambil angkat kening lagi... My husband cakap kat dia, Dik, kalau takat cuci macam ni, bila la boleh nak beli bmwnya? Lepas tu, tiap kali dia offer nak tolong I tanya dia, nak kena bayar berapa ni dik? Hafiy, hafiy... mata duitan kamu. Entah bila masa la dia buat price list ni.