Tuesday, July 27, 2010

Ikan Goreng Dalam Sos Daun Limau Purut @ Pla Tod Rad Sos Bai-ma-krood


Ni menu yang digandingkan dengan sup ayam tu. Memang best lah resepi yang dikongsi oleh K.Nor ni! Thanks ye kak bagi idea memasak, dapat suami & anak2 I merasa menu yg sedap ni. Ramai juga yg dah mencuba nampaknya. Hubby & anak2 suka sangat sebab ada persamaan dgn menu fav dorang yang selalu i masak >> Sotong Sos Tiram, bezanya yg tu xde letak cili padi & daun limau purut tapi tabur bwg putih goreng. Untuk resepi ni I guna ikan merah instead of bawal.


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
(Sumber: K.Nor)

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...