Tuesday, August 10, 2010

Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan


Hari tu masa ambil resepi Ikan Colek dr blog K.Nor jumpa banyak resepi masakan ikan yg menarik. Ahad lepas, beli ikan siakap teringat la nak cuba resepi yang ni. Pernah nampak ramai gak dah cuba. Selalu kalau siakap, I cuma bakar or stim aje. Bila masak camni, berebut-rebut lak makan. Ikan yg I beli kali ni pulak comel je, Haziq siap komplen x puas makan ikan. Lagi sekali, terima kasih ye K.Nor share resepi ikan yg best ni ;) Menarik juga buat menu berbuka ni.

IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN
(Sumber: K.Nor Secubitgaram)

1 ekor ikan siakap

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

PES CILI SANGAI @ Nam-prik-pow

1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)

*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..

Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...