Tuesday, August 24, 2010

Salad Terung Grill @ Yum Ma-khuea-yao


Menu iftar hari ke 4. Ni pun kurang seri & rasa sebab takde daun pudina, masak ikut dan je. Tapi still sedap & sungguh membangkitkan selera makan menu simple2 camni di bulan puasa. I pon prefer terung grill dari yang direbus. Resepi skodeng dari dapur K.Nor lagi. Thanks ye kak ;)

Salad Terung Gril @ Yum Ma-khuea-yao
(Sumber: K.Nor Secubit garam)

2 batang terung panjang
1 biji telur ~ direbus
2 sudu besar udang kering ~ digoreng sekejap dan toskan
2 ulas bawang putih ~ dihiris atau dicincang
2 bj bawang merah ~ dihiris halus
5 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
3 1/2 sudu air limau nipis
1 - 2 sudu besar gula
daun pudina ~ k.nor guna daun ketumbar, lagi wangi

Gril atau celur terung hingga lembut. Pd K.Nor lebih baik gril sbb bau terung lebih wangi kalau kita gril. (boleh gril atas frying pan)
Buang kulit (K.Nor tak buang pun) dan potong. Letak atas piring.
Campurkan bawang merah, bawang putih, cili padi, sos ikan, air limau nipis, gula dan daun pudina/ketumbar dlm sebuah bekas. (ejjas la rasa dia biar ada masam, manis, pedas dan masin)
Tuangkan campuran ni ke atas terung dan taburkan dgn udang kering.
Hias dgn telur rebus.

Tips dr pengarang buku: Telur rebus dan udang kering boleh diganti dgn isi ayam rebus yg dicarik2 atau daging.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...