Friday, August 27, 2010

Soto Ayam



Dah masuk 17 hari puasa kita baru nak tayang menu buka hari ke 5... Resepi dari Puan Puti Mazura yang selalu berkongsi resepi masakan Johor, I ambil dari teratak Chetam. Hasilnya, dah tentu la sedap & berbaloi... Macam komen Chetam, sambal kicapnya memang best! Anyway, bergedil tu x ikut pun resepi ni, sdn bhd jer... minta adik yang tolong buat, takut x sempat ;)

SOTO AYAM
(Sumber: Puti Mazura)

A. Sup

1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil

1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan

1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam Ain,

    soto ni peberet jugak..dah wat kemarin..tapikan rasa nya ada siaran ulangan lagi nampaknya..espeseli bila dah tgk sini :)

    mintak maap ya..jejari nh tersalah taip tadi, itu yg ai delete tu..hehe..papagi mata rabin ayam sket :)

    ReplyDelete
  3. ye Yat, kita serupa... mmg patut ada siaran ulangan.
    hari tu my sons both had recurring fever.. bbp hari x posa, x lalu makan. tu yang ai wat soto nih. sup2 ni senang nak jalan. nasi impit pon, x pyh susah2 nak kunyah kan... hihi

    ReplyDelete
  4. salam ain..kita pun dh lama xbuat soto ni..cdpnyeee..smjak blik ni asik duk main bli je..ain org kltan ke..dah wak ckut raya ke tu..kita dah siap bnyk jgk tu..ada dah 6 jnis..mkn ckut rya skan thun ni..hehe..

    ReplyDelete
  5. salam ain,sedapnya soto, my peberet tu...

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...