Monday, September 6, 2010

Puding Coklat Mudah


Buat beberapa hari lepas. Resepi yang mudah ni I dapat hasil perkongsian Lynn Sham di RNet. Kebetulan ada beli susu choc utk kes emergency kalau2 terlewat nak bersahur... boleh la minum. Tapi dah dekat 2 minggu xde sapa pon pandang. Bila dah transform jadi puding, sikit punya suka Haziq makan. Sekali hadap 3 ketul pon boleh habis. Nak2 bila dah curahkan sos coklat tu. Memang mudah... bak kata Lynn, 15 minit dah siap.

PUDING COKLAT MUDAH
(Sumber: daunpandan)

Bahan:
300 ml air
120 gm gula - boleh kurangkan jika tak suka manis
10 gm serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk koko
1 botol (900ml) susu coklat

Cara Menyediakannya:
1. Masak air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut.
2. Masukkan serbuk koko. Setelah sebati, matikan api.
3. Tuang susu coklat sambil dikacau sebati.
4. Tapiskan puding ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dihidang.

Sos Coklat
100g cooking choc
75 ml susu coklat

Masak bersama coklat & susu coklat.


Ni la dia budak yang kuat makan puding tu ... tengah buat homework.

2 comments:

  1. Along.. Rajinnya masyak... Mehlah post umah achik yg tak rajin nih.. Achik masyak express je sbb Mawaddah tu jealous kalau achik ada kat dapur.. Ada je dia nak ajak g main kat depan.. terkocoh2 bila dia tido nak masak..Pape pon Selamat Ari Raya maaf zahir batin yea long.. Moga Ramadhan kali ini memberikan lebih kebaikan pada kita..Amiin

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,

    senang betul puding tu.bahan pun tx remeh. sy suka kalau resepi yg simple2 ni.
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...