Sunday, November 7, 2010

Jus Kurma Bersusu


Jus yang sangat sedap & penuh khasiat. Tak manis sgt & wangi je disebabkan rasa madu tu. Highly recommended! For breakfast pada I pun best sangat. Segelas jus kurma + 3-4 keping Jejari oats., dah cukup mengenyangkan. Tau je la kan, kandungan laktosa dlm kurma ni mampu memberi kan tenaga hingga kan Nabi s.a.w pun menggalakkan kita mengambil kurma kala puasa, baik utk berbuka mau pun bersahur. Malah, Maryam ibu Nabi Isa alahissalam sendiri ketika hendak melahirkan baginda memakan kurma yg jatuh dr pohon tempat dia bersandar. Wallahualam. Ooopss... dah buka lembaran sejarah pulak saya.

Jus ni sebenarnya nak buat utk diri sendiri sbb sakit tekak + demam. Tak lalu nak makan nasi & x tahu nak makan apa. I minum, sambil menunggu Haziq makan. Sedap ler pulak, sampai terbuka selera nak jamah makanan Haziq. Bila Haziq nampak air I.. x sangka la pulak bila dia rasa, suka sampai kalau boleh nak habiskan. Selalunya bila bagi budak 2 org ni makan kurma macam tu je, sikit punya payah... Even hubby n hafiy pon bila rasa suka gak. Masing2 semua minum macam x puas je. Nak buat pulak, kurma dah habis daaa. Hehehe... now I know the trick mcmana nk menggalakkan the kids makan kurma & yet this is another solution to clear kan stock kurma ... yeay! Hari tu pening kepala dok pikir cemana nk habiskan kurma, now tgh berkira2 nak simpan stok pulak utk breakfast kami ... esp di masa2 kecederaan terlambat bangun pagi. Mmm... teringat2 lagi rasanya, x puas minum ni!


Jus Kurma Bersusu
Sumber: Rasa Feb '10

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.

Disebabkan si mummy demam & terlebih rajin, ini je la hidangan t/hari buat anak sulungnya. Si adik dah ikut si bapa keluar ambil abg ipar n family yg baru smpi dr KB kat KL Sentral. Tapi si abang yg sangat suka kambing ni tersangat la happy sampai tersenyum lebar dpt makan grilled lamb kesukaannya. I buatkan mashed potato sket. Lupa terus perut dia lapar nasi.... Tu pun sib baik ada baki sekeping lamb yg dah siap marinate I beli hari tu.  Kalau x, ko makan biskut je la bangg..., nak gi kedai tapau lauk pun malas ni tau.. hihi.


6 comments:

  1. salam...sihat niii..mesti cuba..Saya follow ya

    ReplyDelete
  2. armouris:
    thanx ye berkongsi link tu ;)

    fuzidss:
    salam ... mmg sihat n sangat best! nak tau cemana, sila la cuba. Nak follow, silakan. saya dh few mths pon follow awak ... ;)

    ReplyDelete
  3. Salam..kulit kurma tu tanggalkan dulu tak? atau bila dah rendam dengan air panas kulit yg sedikit keras tu jadi lembut dan boleh trus blend jer?

    ReplyDelete
  4. sally:
    waalaikumsalam.. ain x tanggalkan pun sbb xde mention dlm resepi. Bila rendam dlm air panas dia akan lembut sket n kita blendkan dia smpi agak halus. dont worry, x tersedak punya ;) isk... terasa2 lak kat tekak ni. macam milk shake tau!

    ReplyDelete
  5. alahaiiii ain,

    ketiga2 food dlm entry (yg ni, yg bawah & yg bawah bawah) sgt mengujakan mulut makcik.
    dah keep in my notes & kena cari WILL POWER pulak nak masak nya, urat masak benda baru ni tak kembang lagi...asyik masak benda yg sama je.

    i'll definitely TRY!

    ReplyDelete
  6. makcikkkk...
    sukanya dgr org tu teruja ;) bagi cepat2 sket urat tu kembang. bg pakcik rasa masakan baru pulak ^_^...
    but if u try that congo bars .. kalau x minat manis cam kita, reduce lagi na gula tu.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...