Posts

Showing posts from February, 2011

♥ Siakap Stim 3 Rasa & Leg Five ...

Image
Siakap Stim 3 Rasa lagi for lunch, ahad baru2 ni ... dah suka la kata kan... harus la ada siaran ulangan, kan, kan ... Resepi boleh refer sini. Yang tukang makannya 4 orang jer.. tapi ikan sampai 2 ekor tu ... haha... ngalahkan kucing.

Teringat lak dialog anak2 bujang I semalam dalam kereta on the way balik dr rumah mak.. Si abang sibuk bercerita dia kena tumbuk dengan budak perempuan yang bernama Qamarina .. agak ganas juga si Qamarina ni yer... tapi itu bukan topik utamanya kat sini ... hihi
Abang:"I was walking at the kaki lima when she suddenly punch my face .. Mummy, kaki lima tu cemana nak sebut ye in English?"
(Hubby & I baru nak jawab, but ... itu kepochi lagi pantas ...)
Adik:Leg five
Me:Apa dik? ( tak berapa dengar ... suh dia ulang)

Adik:Ye la, kaki lima. Leg Five la..
Haha... tak tahan, tak tahan weh ... hubby, myself & Haziq semua gelak ... dgn Hafiy sekali pun gelak gak. Dah puas gelak, baru ler cikgu buat pembetulan .. ^_^

♥ Baked Custard

Image
Yang ni pon buat semalam ni... nak menghabis susu 1 liter & thick cream yg dah buka tu, takut rosak lak. Iskk... asyik ternak lemak je, kan. I pulak pakai thick cream ... mmg thick la lemaknya nnt ni. Tapi mmg sedap berlemak2, x kira la makan time dia suam2 kuku or sejuk.  Encik suami suka, ada lg 2 mangkuk dlm fridge. Gerenti lah balik keje kang dia terkam peti sejuk dulu. Best ... Resepi ni pon mudah amat nak membuatnya. Boleh dpt 4 bekas ramekins seperti gambar ni ye utk 1 resepi ni.

BAKED CUSTARD Source: Quick Short Recipes Step-By-Step
3 eggs 95g (1/2 cup) soft brown sugar 375ml (1 1/2 cup) milk 125ml (1/2 cup) cream 1 teaspoon vanilla essence ground nutmeg, for dusting
1. Preheat oven 180C. Brush 4 cups of ovenproof dish with melted butter. 2. Whisk eggs, sugar, milk, cream & vanilla essence in medium bowl for 1 minute. 3. Pour into prepared dish. 4. Place filled dish into a shallow baking dish. Pour enough hot water into baking dish to come halfway up the sides. Place on oven shelf…

♥ A Delectable ... Red Velvet Cake

Image
Finally .. red velvet ni bertamu di rumah I ...  Asyik dok bertangguh jer dr dulu ... dr zaman Jeni tokey RNet dok buat lagi hihi... Dah famous sana sini baru la dtg seru nak cuba. Tapi... sebab utamanya  jadi rajin >> my dearest hubby minta, sayang punya pasal ... kita buat la kan. Dan sebelum dia start sindir pasal my new kitchen gadget yg tinggi pelaburannya tu, baik la I buatkan. Alhamdulillah ... I've picked the right recipe .. it's moist, terasa kebalduannya ... n just the right balance of sweetness. I like!! Lagi satu yg best tentang resepi ni, tak yah susah2 nak cari buttermilk ... payah nak dpt.. byk kedai yg x jual.

Terima kasih kat Wawa @ RNet yg share resepi ni. Punya la rajin ... Rainbow Velvet lagi dia buat. Tang colour tu ... tak dapat la the original red velvet ... puas dok belek2 kat kedai hari tu... ngeri pulak tgk macam2 kaler merah tu. At last, i chose Chrismast Red. Boleh la... yang penting, rasa kek memang cun sangat.

Ni dia resepi untuk yang bermin…

♥ Lemon Curd Mousse Fruit Tart

Image
Tadaa... ni satu lagi projek me'lemon'kan diri yg sgt best nih. Fuhh... panjang benar nak menyebut namanya ... patut kena ikut sifu la, main shortform jer. ... hihi... Sedap ... seindah namanya. Dapat pulak dimakan sejuk2 dr fridge. Kena buat lagi ni, tak puas makan.

Kali ni untuk tart shell tu I guna resepi sorang kawan >> basically just biskut marie yg diblend + butter. Mix & shapekan. Sejukkan dlm fridge/chiller pon xpe. Then baru bakar. Exact resepi x tau le letak mana... nnt dah jumpa kita paste balik ye. Resepi mousse tu, ambil dr sini >> Home Cooking In Montana  Tq to my friend Linda for the inspiration ;)
LEMON CURD MOUSSE
1 cup heavy whipping cream 4-5 TBS lemon curd
Whip heavy cream to medium peaks.
Fold in lemon curd. Place the mousse in a plastic bag(or use a piping bag) and cut a small hole.
Pipe lemon curd mousse in each tart. Top with berries.


♥ 11 tahun bersama ... Isteri atau Is Three?

Image
6 Feb 2011 ... ahad yg lepas, genap 11 tahun usia perkahwinan I. Sama date dgn birthday Mas Duniaku &  husband Izah Muffin Lover. Alhamdulillah ... hopefully ikatan ni sentiasa di bawah redha & rahmatNya. Sampul atas tu, a present from Haziq ... the week before kami balik Kelantan ... takut lupa katanya. .. hehe.. I actually plan nak bake Red Velvet Cake for the day, tapi since encik suami changed his mind >> balik ke KL hari Sabtu minggu tu, tak larat la pulak. So, we all cuma pergi lunch kat luar je la on that special day.

Tu ler isi dlm sampul yg Haziq bagi ... dia suruh buat belanja. hihi ... alahai .. tak sampai hati, puas pujuk suh ambil balik x mahu pulak dia.
Oh ye ... bercerita pasal Haziq ni teringat lak cite hubby pasal lawak Haziq masa dorang (hubby n the kids) borak dlm keta semlm. I tak ikut masa tu. Ntah apa mulanya .. si Hafiy bagitau Haziq .. dad dia ni selalu kelentong dorang, x leh caya... hari tu dah tipu mummy, kata nak gi dating ... pastu bila dia iku…

♥ Popcorn Chicken

Image
Jeng jeng jeng .... now dah tau dah cemana nak menghabiskan dada ayam kat rumah ni ... Tq ye Hana  ... juga kat Izah dan Mas yang dah bagi feedback memberansangkan. My ninja suka ... Haziq kata mummy ni sume pandai masak la... sedap lagi dr KFC punya ni mummy ;) sedapnya... dalam pada tgh makan tu, x berhenti-henti dok cakap sedap. Mmg I setuju pon cakap Haziq tu, sedap lagi popcorn chic homemade ni. Buat pun x susah mana ... zup zap zup zap, siap... dlm x sampai 1/2 jam, dah boleh makan ^_^
RESEPI POPCORN CHICKEN
Sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
1 keping dada ayam@peha ayam tanpa tulang - potong dadu*2 sudu besar tepung serbaguna @ tepung rempah ayam*1/2 sk serbuk lada sulah*1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari - resepi asal secret herb*sedikit garam dan gula*1/2 sk serbuk bawang/onion powder - hana parut bwg putih 1 ulas*1-2 biji putih telur - hana guna satu biji telur*1-2 sb susu segar3/4 cawan breadcrumbsolive oil utk spray - jika bakar gune ovenlada hitam kasar @ …

♥ Daging Merah Ala Thai

Image
Menu lunch hari sabtu. Actually niat asal nak masak Daging Grill Pedas... dah lama nak cuba ni... tapi ada kekurangan bahan2 & tersangat malas la nak ke kedai .. kalau keluar tu, alamatnya silap2 gi makan kat kedai pulak .. hehe... Rasanya menu ni dulu kita dapat masa selongkar resepi2 thai kat dapur K. Nor ni. Tq kat akak & Jeezy. Simple & sedap ... anak2 I pun suka.
DAGING MERAH ALA THAI
Sumber: Jeezy MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan …

♥ Portuguese Egg Tart

Image
My portuguese egg tart yang ... kurang pada rupa ... sedap dr segi rasanya .. Both my kids surprisingly suka sangat ... sekali hadap ada kot 3-4 biji. Mmg boleh buat lagi nampak gayanya ni. TAPI ada satu perkara yg  I cukup x puas hati >>> aaa... kulit dia tu x puff mcm puff kat bawah tu ... or macam dak Hana punya lah. Lama sangat dah dok simpan resepi skyblue MYR ni.

PORTUGUESE EGG TART
Sumber: skyblue @ MyResepi
Bahan-bahan (5-6 biji)
1 keping Puff Pastry*Bahan-bahan A* 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar 1/4 cawan Whipping Cream3 biji Telur Kuning 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Panaskan oven, 200ºC. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell. Isilkan campura…

♥ Lemon up your life with Lemon Curd Puff

Image
My lemony day just started over the weekend ... ^-^ Utk panaskan enjin ... ni dia Puff dengan lemon curd filling ... tangy .. ;) I like rasa masam2 manis lemon curd ni. Btw ni kerja orang malas ye kawan2... malas nak bersolek... tu pucat lesi jer muka puff tu. Kes malas nak sapu kuning telur ler ni, sbb buat sket jer... mmg 3 ketul spt yg dok tayang ni ... lebihan pastry buat Portugese Egg Tart. Macam biasa ... x rajin le nak wat pastry puff sendiri, guna ready-made cap Kawan tu jer.

♥ Lemon Curd

Image
Inspired by Mrs Onn, after she posted the pic at her fb photos collection. Komen dia buat I teruja, tau. Kebetulan lemon ada dlm fridge, punya la lama x berusik2... kes tamak ler ni, tgk harganya murah hari tu. Terus la I google resepi & follow the Video Jug way of making Lemon Curd ...
Sorry ... tgh malas nak translate ni. Copy bulat2 jer dr Video Jug
Lemon Curd Step 1: Ingredients
the zest and juice of 4 large lemons 4 eggs 320 g caster sugar 220 g butter 1 level dessert spoon of corn flour 1 medium saucepan 1 large whisk 1 sterilized jar Serves: makes 800 gPreparation Time: 20 minutesCooking Time: 20 minutes Step 2: Whisk the eggs Pour the eggs into a saucepan and lightly whisk.Step 3: Add remaining ingredientsWhisk in the sugar, lemon zest, lemon juice, butter and corn flour.Step 4: Make the lemon curdPlace the pan on a medium heat and whisk continuously for 7-9 minutes until all the ingredients melt and eventually thicken. Once thickened lower the heat, whisk…

♥ Sup Belut @ Cinta Selera, PCB

Image
Another eatery yg we all x miss punya bila balik KB. Why? It serves my sons favorite dish >> Sup Belut. Balik baru ni pon dorang request kat ayah cik dia nak makan sup belut.

Amacam? Ada berani? Nampak menyelerakan x? Well... if u ask me ... err ... I agak kurang berminat. Sebabnya ... bila makan, terbayang lah pulak ... iskkk... My kids complaint ... Mummy ni ... unagi sushi makan, sup belut x boleh pulak. Kan serupa tu. Oh tidakkk... am I being hypocrite? Haha... tu la yang my Youpo labelkan I.
Entah lah ye... bila I makan Unagi sushi tu ... u tau lah... japanese cuisine... dorang sgt2 menjaga penampilannya .. I know it's belut, tapi sbb dah dipotong hingga x nampak rupa paras asalnya, x la pulak kembang tekak ni nak makan. Mmg sedap ... hihi. Mmg hypocrite aku rupanya ye. Eh tapi kan... I dah berusaha tau.. I rasa kuah dia, sedap. Even kat kedai ni kan, kuah sup belut tu lagi sedap dr kuah sup daging dia. Then cuba makan isi dia... sikittt jer... sedap gak, lembut jer bi…

♥ Etok ♥

Image
Kalau berada di bumi Klate, jgn lupa makan etok ... hehe... petang2 gini, x la lapar pun... tapi teringat la pulak nak makan etok. Tak pasti, kat Ganu ada ke tak eh? Ada org gelarkan benda ni Kuaci Klate. Actually kan ... sebelum ni x pernah teringin pon nak makan .. sebabnya... x pandai nak makan. Ngeee... x reti la nak kopek. Dari nak makan pun sampai boleh naik tension, baik xyah makan langsung. Pengalaman pertama makan etok, berbelas2 tahun dulu ... ikut adik & hubby dia balik kg. Adik ipar I pun beli la etok, nak suruh rasa. Puas tau kita gigit2 x terbuka pon, rasa nak ketuk je. Last2 give up terus. Yang dapat I rasa masa tu ntah sebiji dua je kot. Punya la x reti.
Baru-baru ni balik, ternampak la mokcik jual etok tepi jalan ... terus pesan kat darling I, esok nak beli la ... nak bagi anak dia rasa. Sebab masa tu rushing ... nak ke mana tah. So, keesokannya... beli la kat tepi pasar Siti Khadijah. Geram pulak tengok cik abang tak sempat2 ... makan dlm keta. I pon cuba la...…

♥ Apam Keledek ♥

Image
Yeayy... tercapai hasrat nak makan apam ni akhirnya semalam. Lagi menu yg berasaskan keledek ye, di dapur saya ;) Kentut tu belakang kira lah... sedap ni weii... rugi sapa x cuba. Dok berkira-kira nak buat dari kat KB lagi .. ntah la apa yg dibz kan.. byk sgt program lepak melepak, cuci mata... borak kosong ^-^. Nasib baik la nekad nak buat juga, sbb dah beria2 usung keledek tu ke KL... dan... syukur alhamdulillah... x sia2 la mengapam lepas balik keje aritu. Sangat2 sedap i tell u, kaler oren asli apam tu pon cantik je kejadiannya, tapi dlm gambar, lain ler pulak kaler yg kluar... x percaya? Kena cuba la ye. Ni I letak banyak gambar apam nih, nak membuktikan kesedapannya. Will definitely do it again n again n again kalau ada keledek oren. Izah.. akak dah bagi feedback ni, pi amik keledek lam fridge tu, cepat bancuh.

Nak berterima kasih kat Mas yg bagi cadangan selongkar blog kak Ummi utk cari resepi berasaskan keledek ni. Thank you Mas, dgn respond mu yg sangat pantas! Dan yang pal…

♥ Pengat Keledek

Image
Lagi menu yang berasaskan keledek ...  best memang best... tapi tang kentut tu yang ku tak tahan ... Haha.. ^-^

♥ Donut Keledek

Image
Tak leh cakap banyak... just nak kongsi pasal donut ni.  Donut keledek yg surprisingly sangat sedap kat tekak saya ... w/pun x buh telur sbb kusangka ada telur dlm fridge, sekali checked, yilek pulak.  Ni pun sbb bukan kat rumah sendiri, malas nak cari penimbang, main agak2 ikut suka je la sukat bhn2 tu. Kalau x mesti lg sedap ni. Thanks to K.Nor yang mengilhamkan penggunaan keledek dalam resepi Donut Kentang Ros JintanManis ye. Thanks gak kat Ros, utk resepi asal tu. Suka sgt2 la. I xde stok susu tepung, jadi gantikan dgn susu kotak je sukatan air suam tu.

DONUT KELEDEK ilham dari Ros Jintan Manis sumber: K.Nor@SecubitGaram
·500 gram tepung gandum ·200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek ·4 sudu besar susu tepung  ·1 biji telur -  dipukul sedikit ·200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer  ·3 sudu besar marjerin ·3 sudu besar gula ·3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Past…

♥ Radix Fried Chicken @ Kubang Kerian

Image
Kes terliur tengok FNO secubitgaramler ni ... aritu google.. ada kat Kubang Kerian. Nak gi shah alam jauh la plak dr Ampang. Balik KB, kita pon ajak ler my larling JJCM ke sini. Boleh tahan rasanya. Kami tried both Herb & Spicy flavour. Pada I, Herb is better but a bit salty to my taste bud. 1 thing I like about their chicken, ia lebih fresh compared to KFC. Coleslaw & mashed potato nya mmg sedap. My kids pon suka sgt siap kata lebih sedap dr KFC.

Zig Zag Wedges ni sedap gak eventho sos atas tu bukan cheese... cuma thousand island & mayo jer.

♥ Kedai Makan Kak Lah @ Pengkalan Kubor

Image
Lokasi: bertentangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1

Yippie... one of the food dlm our wish list dah dpt makan ^_^.  A MUST visit stall setiap kali kelik klate ...   Datang sini dah selalu. Baru ni sempat nak snap gambar. Buktinya >> Siap simpan no tel kakak ni lagi tau nak make sure kedai dia buka supaya x kehampaan ... ni kes ada bbrapa kali we all pegi, kedai dia tutup... frust wo.. ye la... from kb berlapar pepg around 9 ~ 9.30 dah gerak ke Tumpat semata2 nak makan kat kedai ni sekali tutup... memang leh putus arah tau.. Sejak tu ler minta no tepon kakak ni.
Gambar ni kejadian di hari isnin hari tu. Actually dulu kedai kakak ni elok jer pastu dia nak besarkan sbb ramai pelanggan. Tapi dah agak lama juga x siap2 ni... ;)  Actually... x banyak jenis makanan pon kat sini ... tapi tetap mampu buat hubby & I teringat2 selalu nak datang kedai Kak Lah ni. Apa menu istimewa kedai ni ye yg sampai kami teringat-ingat selalu tu eh? Walhal.. kedai pon.. dah berapa kurun x siap2…

Ahaii.. cek mek molek ;)

Image
Bersiaran dr bumi Cik Siti Wan Kembang ... Memang kena la tema ye kuih ni... baru je makan panas2 tadi.. mmg syiok la makan time cuaca sejuk hujan camni ... keledek ni pulak, elok je empuk ... molek bak kata warga klate ^_^. Actually my darling but but yang request nak makan cek mek ni ... bahan senang, laju je la.. dan2 tu gak buat.

Dok puah lagi ni... (err.. betul ke ambo kecek ni? hihi...) tadi buat sket je, berebut2 makan ... ingat kan malam2 x laku... licin weii... ye la buat sendiri, lembut gebus sbb tepung sket keledek lebih. No worries... stok keledek terlebih sudah... setambun lagi tu.... moga dimurahkan rezeki org yg memberi tu.. bagi sikit punya x hengat... 10kg kot ni. Kembung keledek ler kami lepas nih.

Apa nak buat lagi ni eh... yang terpikir skrg:
1. Donut keledek ... yess!! memang ku tunggu nk cuba nih.
2. Pengat/Bubur keledek campur sagu 3. Keledek goreng
4. Keledek masak airdgn pucuk manis
5. Keria ... x mo la, cek mek kat atas tu lebih kurang je rasa keria ... err... bi…

Dec 2010 memoir of Khairun's birthday celebration

Image
Kenangan birthday my cousin ... Nur Khairunnisa yg ke 9 tahun @ masjid tanah, masa cuti Krismas .As usual ... kami mmg gomar bonar aktiviti bakar membakar ni.. mesra bergotong royong gitu.. main dishnya, dah tentu la nasi lemak cik senah yang sangat2 lemak itu.

Ni kisah keesokan harinya, geram tengok ini budak mandi woo.. I pun snap la pics nya ;)