Wednesday, November 23, 2011

Mali's Corner


Mali's Corner ... the top spot for Char koay teow in KL. Setelah sekian lama dok dengar org sebut-sebut kesedapannya, finally ni lah pertama kali merasa hari sabtu yg lepas dekat Platinum Walk, Danau Kota. Rasanya? Sedap la jugak ... Maaf ... some may not agree with my comment ... tapi semata-mata nak datang sini makan koay teow ni tidak la kot sebab kita ni bermastautin kat Ampang. Hari tu pon bila dah makan 1/2 pinggan, nak menghabiskan tu payah la pulak. Maybe sebab rasanya ada cam berempah sikit buat tekak ni cepat muak. Tapi dari segi harga pulak, I rasa ianya sangat berpatutan. 
Pada tekak I char koay teow basah kat my hometown pekan Masjid Tanah tu lebih menepati citarasa kami. Just my 2 cents. Bak kata orang, tepuk dada tanya selera ... citarasa kita berbeza2 kan. Dlm kata lain rambut sama hitam hati lain-lain. Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui, kalau semua org sama citarasa & kehendaknya ... I rasa bertambah tunggang langgang dunia ni, dok berebut benda yg sama kan.

I google food review kedai ni, ramai je yg kata sedap & they also claimed nasi lemak & ayam goreng kat sini best gak. Hari tu x try le pulak. Nanti bebila tersesat lagi kat daerah ni or mungkin bila nak bawa abg & kakak ipar yg dok kelate yg dah lama berhajat nak rasa koay teow ni, I nak cuba nasi lemak dia pulak ;-)

Ok la ... utk yg x pernah rasa lagi & teringin nak cuba tu, here's the address ye. I x familiar gak area Danau Kota, hari tu terpaksa check in thru facebook nak cari tempatnya.

Mali's Corner Char Koay Teow/Nasi Lemak
Jalan Langkawi Setapak,
53300 Kuala Lumpur.


Wednesday, November 16, 2011

Kek Lapis Cheese Persona


A quick fix for my cheese cake craving. It's really fast to prepare peluh pon x sempat keluar and yet the taste ... was like ... mmm ... heaven on earth ... superb!!! alhamdulillah ( ˆ⌣ˆ)ノ no regret. Tiru K.Ummi tabur biskut oreo on top ... since I enjoy the taste of lemon on my cheese cake, I letak le sket lemon juice dlm adunan cheese tu.
 
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Sumber: Ryo Azhar

Bahan A: (Loyang kek saiz 9x9 / 8 x 8 in)
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat (lebih kurang 600 gram- Ryo guna jenama LEE) - I guna perisa coffee
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B:
  • 500 gram cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
  • sedikit jus lemon




  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan. I tambah a bit of lemon juice.
  3. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  4. Panaskan susu segar, padamkan api.
  5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas), terus susun dalam bekas. (Celup 1 saat je taw..)
  6. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi hingga habis berselang-seli. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  7. Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) (I letak biskut oreo yg diramas kasar)
  8. Tekan-tekan sikit permukaan tu, masuklan ke dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
  

Monday, November 14, 2011

Muffin Coklat



Tak sempat nak bermadah helah, mode bz bee sekrg ni. Tapi nak letak gak resepi muffin ni kat sini yg diselongkar dr dapur Izah Muffin Lover tu ... supaya x lupa, esok2 kalau teragak nak buat senang nak refer. By the way, rupa muffin I hodoh ... nak ambil gambar pon xde hati ... bukan salah resepi, tapi oven kakak Ipar la yg harus dipersalahkan, bayangkan muffin yg patut naik membukit ditengah, boleh lak naik menyenget ... minah senget ke apa ;-). Kecewa menengokkan rupanya tu, tapi rasa ... alhamdulillah, sedap tau!

MUFFIN COKLAT
Sumber: Izah, mak Lang &  kak Ummi

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 
 

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...