Wednesday, July 31, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju


Entry ni dah potong queue yg lain nampaknya ... ;) I posted the pic on Instag, pastu member-member kat ofis terus tanya resepi, bila nak update. Ni pun dish yg dah lama popular, dah lama berangan-angan nak buat tapi baru bulan puasa kita sempat buat. The main reason pon sebab ada sebantal panjang roti Gardenia yg dah nak expired tak berusik-usik dan susu kotak yg dah buka kalau dibiarkan lagi 2-3 hari mmg akan basi.

Truly satisfied lah with the outcome. Haziq loves it so much, siap suruh simpan utk dia makan sahur pagi tadi. My only regret ialah x ikut kata hati psl daun sup tu, konon takut overpower. I should have put more, bila makan tergigit daun sup tu ...macam ada letupan kecil dlm mulut .. oopss, macam Chef Jo kita ye ;) Lagi satu, kurang puas hati bhgn atas tu x lawa, I prefer dia brownish sket .. lagi best dan menyelerakan. Semalam balik lambat sebab jalan jam. Sbb kesuntukan masa, I cuma bakar dlm 20 min je, tu pun set temperature 200C. Alhamdulillah sempat masak dgn elok. 

Ada banyak versi resepi ni kat internet, but I refer dari Secubitgaram - antara blog yg I memang suka skodeng ;) dan cuba resepi-resepinya.


ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resipi : K.Nor@SecubitGaram


Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - I letak 2 sudu rempah kari
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus - x letak sbb guna rempah kari
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak

12kpg roti
3 biji telur- I hanya guna 2 biji, nak kurangkan kolestrol gamaknya ;)
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris - I tabur daun sup, next time kena letak banyak baru lagi terangkat
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut

Utk membuat inti
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
  • Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam rempah kari.
  • Goreng hingga wangi dan masukkan air.
  • Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
  • Masukkan daun limau purut dan cili merah.
  • Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu byk garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
  • Goreng hingga kering dan padamkan api.
  • Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.


Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
  • Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
  • Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
  • Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
  • Tabur dgn daun saderi sup ke atas daging tadi.
  • Susun slice cheese ke atasnya.
  • Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
  • Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
  • Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
  • Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
  • Potong dan hidangkan dgn sos cili.

Agar-agar Milo


Rupa nampak tak berapa menarik kan, tapi percaya lah ... agar-agar ni sedap tau (of course buat penggemar milo la kan). Sekali hadap je habis satu talam. I ni mesti nak ada agar-agar, puding or jelly jello di bulan puasa ni. Dah hampir putus idea agar2 or puding apa lagi nak buat. Apa lagi, google la ... 'ter'berkenan nak buat agar-agar milo sempoi macam Cida de'Nuanza ni. I altered sikit sukatan bahan2nya .. susu pekat manis dan sukatan serbuk agar-agar tu dikurangkan, sbb nak guna sepeket je. 

AGAR-AGAR MILO

10 gram agar-agar serbuk
1 liter air
2 senduk milo - nak lebih sikit pon boleh ;)
susu pekat manis secukupnya

Campurkan agar-agar dan air. Masak hingga agar2 larut dan mendidih
Masukkan 2 senduk milo dan susu pekat manis secukupnya 
Kacau hingga semua larut. Tutup api dan tapis masuk dlm acuan. 
Sejukkan sebelum dihidang.

** Boleh tabur sedikit serbuk milo kat atasnya jika suka.

Bagi yang tertanya-tanya serbuk agar-agar macamana yg I biasa guna 


Tuesday, July 30, 2013

Mee Siam Kuah


Resepi ni dah lama cari and dah lama nampak kat blog Kak Ayu, punya la happy masa tu. Tapi dok peram je sampai la bulan puasa ni baru tergerak nak buat. Biasa la kan, time puasa ni macam-macam teragak nak makan. Nak beli, belum tentu kena selera. Kadang-kadang basi pon ada, sbb sstgh peniaga ni yg xhabis semlm pon dia bantai jual je x check benda tu elok lagi ke x. Baru-baru ni kami terkena, adik beli murtabak. I tanya dia awat lebam je kaler murtabak dia. Cemana la dia boleh berkenan nak beli kat org tu. Dia pon bagitau, masa dia nak beli mmg tgk yg depan mata menarik, baru masak. Tapi bila dia order, dia noticed org tu bungkus bukan yg depan dia tapi ambil dr belakang. Memang xjujur betul la, fikir nak untung je.

MEE SIAM KUAH
Resepi: resipidiana.blogspot.com / Ayu@curlybabesatisfaction

1 bungkus mi siam cap lada merah - boleh je guna apa-apa cap pon, i biasa pakai cap bintang sbb senang lembut
1/2 kilo tauge, dibersihkan
6 - 8 batang daun kucai, dipotong sepanjang 1 inci
750 ml air
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm belacan
1/2 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
1 cawan tauchu (dicuci dengan air sebanyak 3 kali untuk hilangkan masinnya)

Bahan untuk hiasan
5 biji telur, (direbus, kupas kulitnya dan potong 2)
limau kasturi, dibelah 2
sambal tumis, jika suka


Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Rempah yang telah garing ambil 1/2 cawan diketepikan untuk kuahnya. Rempah yang dalam kuali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan mi, tauge dan daun kucai. Gaul sebati hingga masak. Ketepikan.

Cara untuk kuahnya
1. Rempah yang telah diketepikan tadi dimasukkan dalam periuk. Masukkan 1/2 cawan gula(Ayu cuma gunakan 3 sudu besar aje), garam dan serbuk perasa jika suka.
2. Masukkan pula air asam dan air. Masak sehingga mendidih.

Cara untuk menghidang
1. Letak mee dalam mangkuk. Tuang kuahnya dan hiaskan dengan telur rebus, limau kasturi dan sambal tumis jika suka.



Biskut Suji



Biskut Suji a.k.a Biskut Arab ni satu kemestian kami buat tiap kali menjelang raya sebab membuatnya mudah, bahan-bahannya pon x banyak. Tambahan lagi budak-budak memang suka rasanya yg lemak manis bersusu tu. Baru kali ni teringat nak snap gambar and share resepinya kat sini.

BISKUT SUJI
Resepi: Ain@my-sweetthots.blogspot.com

1kg tepung gandum -ayak
450g gula kastor
1 tin sedang minyak sapi


Gaul sebati tepung dengan gula. Masukkan 3/4 tin minyak sapi ke dalamnya dan gaul lagi. Baki 1/4 tin minyak sapi dipanaskan atas dapur sehingga cair. Tuangkan sedikit-sedikit minyak sapi cair ni sambil doh digaul sebati, tak perlu dituang habis, cukup sekadar sehingga doh boleh diuli/digentel. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat seperti guli. Buat sehingga selesai. Bakar pada suhu 180C sehingga masak (tapak kuih berwarna perang)

** Untuk mendapat biskut yang colourful seperti di atas, doh boleh diwarnakan dahulu sebelum digentel.


Monday, July 29, 2013

Red Velvet Marble Cheese Brownies


Biasanya jarang I terliur sampai nak buat kek time bulan puasa tapi last week bila my office mate dok cerita dia teringin nak makan cheesecake, tetiba i pun jadi teringin. Terus teringat nak try buat brownies ni, yang pernah  famous dikalangan blogger masak-masak selepas dikongsi oleh Maz dr Ilhamdapur 2-3 tahun lepas. So masa cuti last Friday I pon godek la sebiji brownies to fulfill my craving for cheesecake.

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Resepi: ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) 

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus
1 sudu besar jus lemon

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.




Lapisan Cheese
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...
Catatan : Ni dah kali ke 2 maz buat kek ni dan guna oven usang kat sini yg hanya ada api bawah saja dan kek elok masak sekata, jadi maz cadangkan untuk lapisan cheese tu bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

Puding Laici


Dah 2 kali buat baru sempat nak post kat sini dan yang terbarunya untuk iftar semalam lah.Yang kelakarnya semalam masa nak letak kan pinggan yg berisi puding ni time berbuka tu, sos cili cucur udang tertumpah pulak kat dalam pinggan tu. Masing-masing gelakkan la, puding bersos cili katanya. I pun cepat-cepat angkat pinggan ke sinki, cuci puding yg terkena sos tu. Alhamdulillah, nasib baik dia x meresap dlm puding.

Asalnya beli laici ni nak buat benda lain, x ingat apa dah. Pastu tergerak la pulak nak buatkan puding dgn laici ni. Resepi I dapat dari Secubit Garam, thanks akak. Memang best puding ni, nyaman sungguh masuk tekak ... manis sedang elok je, tekstur pudingnya pon just nice, tak lembik dan tak keras.

PUDING LAICI 
resipi asal : K.Liza
diolah : K.Nor@SecubitGaram 

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air (cawan metrik)
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin (tinggalkan 2-3 bj laici dan siat2kan)
1- 2 helai daun pandan

Cara:
Masakkan agar2 serbuk bersama air hingga mendidih kemudian masukkan gula.
Masak lagi hingga gula hancur dan masukkan laici yg diblend dan juga susu cair.
Masak seketika hingga nampak wap keluar dan tutup api.
Tuangkan kedalam acuan dan biarkan sejuk. 
Kemudian masukkan dalam peti ais.
Hidangkan bersama lebihan air laici dan sedikit laici yg disiat2kan.



Thursday, July 25, 2013

Puding Karamel Idaman


Puding Karamel memang favorite hubby sejak dari dulu, sebab tu I belajar buat sampai pandai, sampai it's perfect to our tastebud & yg I buat is the best he ever tasted .. I guess I dah mencapai my target (or else he wont be requesting it often, ye tak) ... hehe. Dulu-dulu I memang x suka puding ni sebab yg I pernah cuba masa kecil pudingnya jenis yg spongy sbb byk telur, dan sebab tu gak biasanya ada bau telur yg I x senangi. Disebabkan dia suka, I berjinak-jinak la menyukainya dan cuba cari resepi yg boleh diterima tekak I juga. Skrg dah jadi my fav and favourite the kids juga. Ok, enuff said ... macam terlebih membebel lak rasa ;) 

All this while, I've been sticking to the recipe shared by Mamafami >> here. Well ... dulu kala sebelum jumpa blog Mamafami, I ikut resepi dr buku SRT sekolah je yg memang best juga ;)

Dalam bulan puasa, xlengkap la kalau xbuat this pudding. Kebetulan bila nak buat hari tu ternampak resepi ni yg Kak Nor dah olah ikut citarasa dia sefamili. Terus lah try resepi dia pulak. Sedap, kena dengan selera I and my hubby.

PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya.


Apam Labu



Ada baki labu dari buat onde-onde hari tu. I google la segala resepi kuih muih yg boleh dibuat dengan labu. Actually buat Cekodok labu pun best, favorite tuh .. tapi dah selalu sangat buat. Tergoda lak nak cuba Apam Labu sebab dulu pernah buat Apam Keledek guna keledek oren, memang sedap sangat, lembut gebus .. color pun cantik je, mmg tergoda la orang nak makan. 

Memang best apam labu ni walaupun I sebenarnya dah tersalah sukat part airnya. Kesnya, I double kan resepi sebab nak hulur kat makcik bagi dia rasa. Confident je x tulis balik sukatannya, main congak2 je. Sekali dah tertuang lebih air baru perasan, nasib baik xmasuk santan lagi . Fuhh ... nasib baik dpt diselamatkan lagi .. cuma santan i bubuh dah terkurang2 sangat la dr resepi tu .. dlm 1/8 je kot. (Hafiy sebelum tu dah ckp, banyaknya mummy buh air ... I kata mmg resepi mcm tu). Jadi apam labu yang buat ni adalah versi yang lebih healthy lah ye. Walau pun silap, rasanya masih sedap dan apam tu naik gebu dan lembut. Makcik I siap mintak resepi ;)

Ada banyak resepi Apam Labu yg semua pun komennya best2 sampai I rambang mata nak pilih. Kali ni I cuba resepi dr blog Kak Yatie sebab dia dah buat berulang kali ^_^. 




APAM LABU MANIS
Resepi : Salmah Haron Singapore
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan:
1 cawan labu rebus - lenyek halus
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
200ml air
250ml santan kelapa
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis

1. Satukan kesemua bahan dan (Amie masukkan dalam mixer) gaul hingga sebati.
2. Perap adunan selama 1 jam
3. Sapukan acuan dengan minyak.
4. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.

Wednesday, July 24, 2013

Sheperd's Pie


Pai si pengembala kambing ni menu iftar 5 Ramadhan. Puas hati tengok anakandaku makan dengan berseleranya. Kalau dibiarkan memang habis kat diorang je 2 beradik ni, x merasa lah orang lain. Suka menu yang ringkas macam ni, kerja senang, perut kenyang.

The original Sheperd's Pie harus la letak daging kambing, tapi yang ni I guna minced meat Ramly burger je. Tak kuasa nak gi kedai cari daging & kisar ;) Lagi pun last minute plan, so I buat ikut cara I je, made do dengan apa yg ada. Just tengok resepi yang dapat dr blog Kak Ummi as reference. Oh, by the way, separuh I letak mozarella kat atasnya before bakar .. memang bertambah sedap lah.  



SHEPERD'S PIE

Resepi: Chef Hanieliza@Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber: Ummi@Home Sweet Home

Bahan A (Untuk Inti)

500g daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 cawan kacang panggang
8 biji cendawan butang (dibelah 4)
5 biji tomato masak (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 pokok daun parsli (dicincang)
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1 cawan air
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub stok daging
2 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

Cara Memasak Inti:-
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan butang, kacau rata hingga daging masak.
Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain, kecuali bancuhan tepung jagung.
Apabila daging mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api.
Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
 

Bahan B (Untuk Pai):-
1 kg kentang (potong kecil)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Air untuk merebus kentang secukupnya

Cara Menyediakan Pai:-
Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil (akak letak dulu dalam semua ramkin untuk base kentang ni ).
Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula (akak letakkan adunan kentang untuk topping ke dalam piping bag dan guna swirl nozzle yg besar sikit, paipkan kat atas daging tu hingga menutupi daging).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C (akak set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....


Versi I yang shortcut:

Base/Pai
1. Rebus kentang dengan sedikit garam - anggaran banyak mana u nak makan (I guna Russet - mmg sedap, lembut, cepat empuk) 
2. Kentang yg masih suam-suam tu masuk dlm food processor, tuang susu segar sedikit2 cukup sekadar boleh blend. Kalau kentang kurang lembut spt yg u nak, tambah sikit lagi susu dan blend lagi. Buat macam ni sampai dapat tahap lembut yang diingini. Masukkan juga lada sulah, pepper dan garam secukupnya. Then masukkan butter (yg disimpan pada suhu bilik) dan blend lagi. Dah siap, set aside.

Inti
1. Tuangkan ready made sos spaghetti ke dalam periuk, tambah air sikit dan panaskan sebentar.
2. Masukkan minced meat dan masak hingga daging kecut dan keluar air.
3. Masukkan carrot yg di telah dadu kecil, kalau ada kacang peas pon boleh masuk juga.
4. Jika kuah agak cair, boleh masuk sedikit air yg dibancuh dgn sedikit tepung jagung. Masakkan sekejap.

Untuk assemble:
Letak base kentang tadi pada lapisan bawah sekali, then letak inti (of course lagi banyak, lagi sedap).
Tutup inti dengan lapisan kentang. Boleh juga paipkan dengan swirl nozzle bagi lebih presentable dan menyelerakan. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas nampak keperang-perangan.
Serve suam-suam, memang heaven ... ;)

** Kalau suka macam yg I buat, sebelum bakar boleh tabur mozarella cheese kat atasnya.


Tuesday, July 23, 2013

Dadih


Dessert for iftar 12 Ramadhan. Tak sah kalau x dibuat di bulan puasa ... memang sedap dpt makan benda yg sejuk je lalu kat tekak kan. Yang ni Dadih Vanilla. Ada some yang I tambah isi jagung tin-"creamy style corn".


Yang ni pulak Hafiy request,  Dadih Milo. My personal preference is always the Vanilla/Plain one. Untuk variasi lain, selain dr tambah flavoured essence ... boleh juga if u all nak letak fruit cocktails dlmnya or just letak cocktails tu bila nak makan macam yg i buat before this >> here.

DADIH
(Sumber: Lynn Sham)


4300 ml air
15g agar-agar
350g susu tepung
300g gula
Esen vanila secukupnya
Secubit garam

Rebus agar-agar dgn 3300ml air. Bila dah larut, masukkan gula & masak lagi hingga larut. Dalam bekas lain, campurkan susu tepung dgn air panas (1000ml). Larutkan. Masukkan dlm campuran agar-agar tadi. Masukkan juga esen vanila & secubit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api & tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Here's something to ponder, moga menginsafkan kita dengan nikmat yg ada
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bayangkan ...
Kita ada anak kecil, umur 3 tahun.
Satu hari, kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis, nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak, pisau itu 'menyeronokkan'.
Tapi kita lebih tahu, Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu,
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan,
Kasih sayang Allah kepada kita,
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah kepada anaknya.


Kari Ayam Madura


Ni menu sebelum puasa lagi, xdan-dan nak post. Kita dah jatuh cinta dengan gulai ni, which I thot rasa macam gulai masakan Padang (Another recipe yg I memang dah aim nak masak masa terjah blog Ayu@curlybabesatisfaction sbb I syak rasanya macam gulai Padang) Dah lama mencari gulai macam ni. My 2 boys pon suka dan puji lah lauk mummy hari tu ... hehe. Memang satisfied tengok anak-anak lunch dengan happy nya ;) Hubby je yg tak memihak kita hari tu ... dia kata, buat apa susah2 ... ayam goreng jer cukup ... aishh ... sabar je la  

Walaupun namanya ada kari, lauk ni xrasa kari langsung, tapi rasa macam gulai lemak ada rempah sikit. Kalau tengok blog Ayu, dia tambah serbuk kari. Tapi I x follow sbb nak tau rasa resepi asalnya. Sedap secukup rasa seperti yang I bayangkan. Berbaloi-baloi mencuba, bahan-bahannya pun mudah je nak dapat. Thanks Kak Ayu for introducing.

KARI AYAM MADURA

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 cawan santan-(I ikut ayu, gunakan 3/4 cawan + 1 mangkuk ++ air)
3 biji kentang - dikupas dan dipotong empat
2 biji limau nipis - di perah dan diambil jusnya
*2 sudu besar cili boh (boleh adjust ikut kepedasan yang disukai)
*dicampur sekali
 
Bahan-bahan giling
2 batang serai
1 inci lengkuas-
1 biji bawang besar (medium size)
6 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit buah keras
10 biji cili padi   

Bahan-bahan tumis
sedikit daun kari
sedikit halia - dihiris halus-(I ikut ayu, kasi blender dengan bahan atas)
kulit kayu manis 

Cara memasak
  1. Ayam dilumur garam kunyit dan diperap selama 15 minit
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan bahan giling. Biarkan garing.
  3. Masukkan campuran rempah kari dan cili boh. Biarkan hingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk. Perlahankan api.
  5. Bila telah empuk masukkan santan dan jus limau nipis.
  6. Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam sebelum diangkat dari api.

Friday, July 12, 2013

Onde-Onde Labu


Menu iftar 2 Ramadhan 1434H. Tak ingat dapat idea dari blog siapa, bila tengok time bulan puasa ni mula la teringin la nak tau rasanya ...  resepinya I ambil dr blog Maz Ilhamdapur. 

Onde-onde labu ni rasanya lebih lembut dan kurang kenyal dari onde-onde biasa. Memang sedap and lembut je but surprisingly tak rasa labu pon.  Labu tu memberi warna yg cantik kat onde-onde ni, suka tengok colour dia. Hari tu bagi kat my auntie, dia ingat I buh kaler oren kat tepung tu. Terkejut dia bila I kata, I buh labu. Nampak ada blogger yg buat onde-onde keledek juga , may be boleh cuba next time pulak. 

ONDE-ONDE LABU 

300g labu kuning
Tepung pulut secukupnya
Nisen/gula melaka secukupnya - dipotong kecil
Kelapa parut secukupnya - gaul dengan garam secukup rasa
3 helai daun pandan - dicarik dan simpulkan

1. Kupas kulit labu dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut, kemudian keluarkan air rebusan dan lecek lumat. Sejukkan dulu.
2. Bila labu dah sejuk, dalam periuk didihkan air bersama daun pandan.
3. Dalam bekas yang sesuai, satukan labu dan tepung pulut (tepung ni masukkan sedikit demi sedikit) dan uli hingga jadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
4. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak 1 potong nisen/gula melaka dan tutup kemas. Masukkan dalam air yang telah mendidih dan tunggu hingga bebola tadi timbul. Kemudian boleh la diangkat dan masukkan dalam kelapa parut tadi. Golek-golekkan agar kelapa bersalut seluruhnya. Buat sehingga selesai.




Monday, July 1, 2013

Cream Puffs


Cream puffs ni second round I buat dalam waktu terdekat before puasa. Memenuhi permintaan Cik Wa yang x puas makan masa round 1 hari tu. Resepinya, memang I setia dengan resepi Umi Imah ni sejak dr RNet lagi .. Cuma Custard Filling tu I improvised sikit dengan menambahkan whipping cream, dapat idea selepas jengah Cream Puffs Kak Ita ;)


CREAM PUFFS
(Sumber : Umi Imah)

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung – diayak
¼ st garam
1 st gula 4 biji telur

Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan. 


Custard Filling

500ml susu segar 
100g gula 
80g tepung custard 

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.



** Untuk dapatkan inti krim kastad yg lebih creamy, Ain tambah 1 cawan whipping cream yg dah dipukul hingga kental ke dalam adunan kastad yg telah disejukkan terlebih dulu.


Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...