Wednesday, March 26, 2014

Kek Gula Hangus


Dah lama tak makan kek ni. Tu yang bila seorang kawan lama masa kat stf dulu share resepi dia, terus tergerak nak buat. Yang bagusnya resepi yang cik Nallerque ni share ialah kek dia kurang berminyak, jadi xde lah rasa berminyak-minyak je tekak ni. Cuma lain kali, I rasa nak kurangkan sikit sukatan gula/susu pekat manisnya tu. Bagi member ofis rasa, dia kata ok je kemanisannya tu.


KEK GULA HANGUS
Resepi: Nalini Fahimi/Nallerque

2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis - boleh kurangkan kpd 3/4 cawan
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar bikarbonat soda
1 sudu besar baking powder
8 biji telur
sedikit esen vanila

Masak gula dengan air untuk dijadikan gula hangus. Biarkan sejuk sebentar.
Campur susu pekat dan marjerin, kacau sebati. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung sehingga habis dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau sebati. Masukkan adunan dalam acuan dan bakar/kukus selama 1 jam.


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...