Monday, July 7, 2014

Agar-agar Pandan Kristal Jelly (Iftar 8 Ramadhan 1435H)


Masa blog walking blog Wani yang baru I kenal, ter"berkenan" lah pulak dengan agar-agar ni. Sedap dan sedang elok je kemanisannya kat tekak I, tapi hubby & family kata rasanya agak tawar sikit untuk selera mereka. Yang pasti, I akan buat lagi lain kali. First time buat dlm bulan puasa pulak, memang xdpt nak agak la tahap kemanisannya tu kan. Jadi I dah ubahkan resepi asalnya untuk penuhi selera family kat rumah ni lah. Takut terlupa nanti bila nak buat lagi. Untuk resepi asal sila klik pada link resepi tu ye. Tekstur resepi asal a bit pejal (sesuai la dgn namanya agar-agar), we all ni suka yg sedang-sedang kelembutannya ... yg bergoyang-goyang sikit ;) Btw, agar-agar ni ... letak byk-byk jelly lagi sedap tau.

AGAR - AGAR PANDAN KRISTAL JELLY
Resepi asal: Sue Joshua

1 bungkus agar-agar serbuk 10gm
4 cawan metrik/1 liter air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
3/4 cawan gula pasir
10 biji kecil jelly pudding segera - lagi byk, lagi best ;)

Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.


Suka tengok colour agar-agar ni, nampak ceria ... xsabar2 nak ngap malam tadi tau.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...