Monday, July 7, 2014

Siakap Bakar Berempah Woku (Iftar 8 Ramadhan 1435H)


Ni pun menu iftar semalam juga. Tapi ni je la gambar yang sempat kita snap sebab dah kalut-kalut nak berbuka, terlupa terus. Wangi bau ikan bakar ni memang menggamit-gamit selera nak makan. Resepi yang dipopularkan Kak Ummi ni nampak macam banyak bahan; tapi nak membuatnya mudah je.

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU
Resepi: Kak Ummi

2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
2 sudu teh air perahan limau nipis
1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
4 helai daun pandan - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
5 tangkai selasih - diambil daunnya
2 biji tomato merah - potong dadu
250 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
12 biji bawang merah
7 biji cili padi merah
5 biji buah keras - bakar kejap
3 cm kunyit hidup - bakar
2 cm halia

Bahan Pelengkap:-
Daun senduduk secukupnya (*xjumpa, xletak pon)
1 biji timun - dipotong serong
4 tangkai selasih
6 biji cili padi merah hiris untuk tabur


Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
Sediakan aluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas aluminium foil.
Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.


Selain dari menu ikan bakar, ada sotong celup tepung ni juga for our iftar ... my sis buat, memenuhi request dr anak bongsunya Mat yie.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...