Posts

Showing posts from August, 2014

♥♥ tbt: xSTF90 ... ♥♥ those blissful moments ... alhamdulillah

Image

Berries Mascarpone Cheese Tart

Image
After been craving for fruit tart for weeks ...last week baru la datang rajinnya nak menge'tart'. Tu pon dok tunda dari sehari ke sehari .. the strawberries & blueberries i bought pon dah xberapa fresh, tu yang terus kayuh laju-laju ;) Ni pon terasa nak makan lagi la pulak bila tenung2 gambar ni ... huhu. Untuk kulit tart, I cuba the sweet shortcrust pastry shared by the kitchenguardian Fillingnya pulak at first nak follow yg dia share juga or buat custard filling je, tapi teringat lak ada filling mascarpone cheese dlm fridge. Jadi guna yang tu je lah.

SWEET SHORTCRUST PASTRY

1 1/2 cup APF sifted
125g cold butter chopped
1/2 cup icing sugar
3 yolks
2 tsp vanilla
1 tbsp iced water

Rub butter with flour until crumbs were formed. Add icing sugar. Rub in the yolks one by one and vanilla and lightly knead to form a dough. Pressed the dough into tart tin, and let in chill in the fridge and heat the oven at 170C. When ready, stick the tart in the oven and turn on the timer for 25…

Siakap Stim Sos Plum

Image
Haaa ... ni lauk yang kita matched kan dgn kerabu kat bawah tu. Baru nak enter frame ;) My hubs & sons memang suka sangat siakap stim. Untuk ikan stim macam ni, resepi I sempoi je. Sayur-sayurannya pon tengok la apa yg ada kat rumah. Ni pon asalnya nak stim letak sikit sos tiram, tapi sebab dah habis I tukar la dgn sos plum. Kalau guna sos tiram pon sama je macam kat bawah ye, cuma xletak la sampai 3 sudu tu, sikit je sbb xnak rasa sos tiram tu cover rasa masam manis ikan & jus limau, mungkin sesudu or 1 1/2 sudu bergantung byk mana kuah yg I nak. Ikan stim ni sedap dimakan terus selepas dimasak, jadi kukus lah betul-betul sebelum nak makan. Biasanya untuk ikan bersaiz sederhana, dalam 1/2 jam dah masak.
SIAKAP STIM SOS PLUM (ain@my-sweetthots.blogspotcom)
1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan, lumur garam & susun dalam loyang utk dikukus Halia 2cm - dihiris Sebatang serai - dihiris Cili padi - dihiris Sedikit daun ketumbar & akarnya - boleh omit jika xsuka, cu…

Kerabu Tomato Ikan Bilis

Image
I just love kerabu, be it just vege or a mix with some seafood or meat. Kerabu tomato ni salah satu cara I nak menghabiskan tomato sebelum dia lembik. Buat macam ni, kejap je licin. Kalau x, x berusik la tomato tu tergolek2 je dlm fridge x dipandang pon ;)
KERABU TOMATO IKAN BILIS
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)

Tomato ~ dibuang isi tghnya, dipotong kasar-kasar
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Suhun, jika suka ~ dicelur masak, toskan
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj atau boleh juga disangai kering & blend halus Kacang tanah goreng Perahan jus limau nipis
Garam dan gula

Gaulkan kesemuanya, sesuaikan rasa dan hidangkan.


Ayam Masak Merah

Image
Menu iftar Ramadhan hari tu. Err .. gambar tu dah xnampak ayam ye sebab snap dalam kereta, on the way nak ke rumah mak. Kalau bukan bulan puasa, macam tak berapa nak pandang je lauk ayam masak merah ni sebab ni kira menu wajib mostly kenduri kahwin. Tapi masa puasa hari tu terasa-rasa sangat nak makan. Memang gatal sungguh kan, tekak ni. I selalu masak lauk ni ikut sedap rasa je jadi sukatan kat bawah tu lebih kurang lah ye. My secret bagi rasa lauk ni kebabom adalah dgn menambah sedikit santan or susu cair pada kuah tu ;) Cubalah, memang beri kelainan & terangkat tau.
AYAM MASAK MERAH (ain@my-sweetthots.blogspot.com)
1 ekor ayam
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
10 - 12 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dibelah 4)
1/2 - 3/4 cawan sos tomato
Sedikit sos tiram - optional, anggaran 1 sudu besar
Sedikit air
1/3 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup ra…

Karipap Roti Inti Sardin

Image
Resepi sempoi je ni tapi kadang-kadang kita pon xterfikir ... kan, cetusan rasa my friend si Zuera tu. Dia bercerita kat our telegram group sampai semua org pon terliur nak buat wpun bahan-bahannya yg biasa-biasa aje. tapi seriously memang sedap roti ni, sbb ia rangup diluar, lembut je dalamnya.
Masa raya kat kb baru ni, tak tau nak breakfast apa. I kena kerja, so x follow la hubby & kakak ipar keluar breakfast. Teringatkan karipap ni, terus la buat. Habis sebuku roti, licin ;) Pekena pulak dgn segelas teh tarik uolss ... alhamdulillah ... memang marvellous lah. Anak buah lalu kat tepi pon buat xpandang je ... hehe ...
Inti sardin tu terpulang la pada selera masing-masing. Kalau xboleh makan yg xmasak, masak la dulu inti tu macam buat sambal sardin. I ni, dua-dua pon ok, kalau rajin je baru I masak inti tu. Anak-anak & hubby pon xkisah, tu yg best ... sonang kojo den ;)

KARIPAP ROTI INTI SARDIN

Sebuku roti
1 tin sardin saiz sedang
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 - 3 bi…

Padprik Sotong

Image
Padprik sotong ni menu iftar bulan Ramadhan baru ni. Baru sempat nak enter frame ;) Dah penghujung puasa, dah habis fikir nak masak apa ... mak kata adik beli kacang panjang banyak hari tu, terus dia suruh buat padprik. 
Actually masak padprik ni kita xde specific sukatan pon. Buat sesedap rasa je janji ada rasa masam manis & pedas sikit. Yang ni agak berkuah sikit sebab budak-budak kat rumah ni memang suka kuah lebih.
PADPRIK SOTONG
Bahan: 500 gm sotong - dipotong & cuci 1 batang carrot - dihiris bulat 2 genggam bunga kobis - di potong kecil 1/2 biji capsicum hijau - di potong kecil 1 labu bawang besar - dihiris bulat
Bahan Sos: 2-3 sudu besar kicap pekat 6 sudu besar sos tomato 6 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tiram 5 helai daun limau purut - disiat 2 batang serai - diketuk 3 biji limau nipis (perah jus) 5 biji cili padi - diketuk 6 ulas bawang putih - diketuk 1/2 cawan air garam secukup rasa minyak
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi. Masukk…