Wednesday, August 6, 2014

Padprik Sotong


Padprik sotong ni menu iftar bulan Ramadhan baru ni. Baru sempat nak enter frame ;) Dah penghujung puasa, dah habis fikir nak masak apa ... mak kata adik beli kacang panjang banyak hari tu, terus dia suruh buat padprik. 

Actually masak padprik ni kita xde specific sukatan pon. Buat sesedap rasa je janji ada rasa masam manis & pedas sikit. Yang ni agak berkuah sikit sebab budak-budak kat rumah ni memang suka kuah lebih.

PADPRIK SOTONG

Bahan:
500 gm sotong - dipotong & cuci
1 batang carrot - dihiris bulat
2 genggam bunga kobis - di potong kecil
1/2 biji capsicum hijau - di potong kecil
1 labu bawang besar - dihiris bulat

Bahan Sos:
2-3 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut - disiat
2 batang serai - diketuk
3 biji limau nipis (perah jus)
5 biji cili padi - diketuk
6 ulas bawang putih - diketuk
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, jus limau dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih & telur dadar ;)

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...