Wednesday, August 10, 2016

Rendang Ayam Mak


Raya dah habis baru kita nak kongsi cerita raya eh ... ehehe ... Tahun ni raya KB maka kena la prepare masak rendang sendiri. This year terasa nak makan rendang ayam mak. Camana ntah terlebih rajin sikit, jadi I buat rendang dari KL and frozenkan untuk bawa balik KB. 

Memang perancangan Allah tu maha hebat, ada hikmah rupanya tergerak hati nak masak rendang awal. Tahun ni 1st time kami beraya di hospital. 2 hari sebelum raya kami berpuasa kat my kampung in Masjid Tanah sebab nanti raya di KB. Malamnya tu lepas buka haziq mengadu perut dia sakit. Lepas husband balik dr terawih I told him tapi dia kata nanti sampai kl baru bawa gi klinik. So bila sampai kl bawa gi klinik, Dr cakap maybe digestion problem. 

Pagi esoknya tu last day puasa time nak sahur dia mengadu perut masih sakit, xnak bersahur xlarat. Husband dah syak ada yg xkena, mcm apendiks je. Lps sahur terus dia bawa gi  klinik lain sbb klinik semalam belum buka. Doktor suspect apendiks & bagi referral utk admit hospital. I dah cuak dah, tapi laki kata nak balik je dulu nnt sampai KB baru admit. Haziq pulak kata dia masih boleh tahan ... huhu ... tension kita. Dalam hati Allah je tahu, geram betul rasa takut apa-apa jadi while travelling. Berdoa je la banyak-banyak sepjg jalan.

sempat lagi buat peace dalam sakit-sakit tu

Ada lak yang nak menempek katil patient ...
Nak jadi cerita, flite we all delay pulak la 1/2 jam ... kesian Haziq. Sampai je KB terus pergi Hospital Pakar Perdana. At 1:30 pm Haziq jumpa doktor, then operation started at 3pm. Dekat pukul 5pm baru dia ditolak masuk ke wad balik. At 6pm kami tinggalkan dia dlm mamai2 ubat bius lagi untuk berbuka dgn family BIL kat luar. What an experience ... syukur alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya

Okay, back to recipe ;)

RENDANG AYAM MAK
(Sumber: my mum) 


1 ekor ayam
Sedikit lengkuas - diketuk
Santan dari 1 1/2 biji kelapa
4 ulas Bawang Putih       }
15 ulas Bawang Merah   }
Sedikit Halia                   }
Sedikit Kunyit Hidup      }
Cili Mesin & Cili Hidup  }  dikisar

Kecutkan ayam sekejap di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak dalam 10min. Masukkan santan, asam keping, garam & sedikit gula. Titikkan serai & taburkan daun kunyit yg dihiris. Masak sehingga rendang kering.

1st Syawal di hospital. Nasib la sehari je dah boleh balik. Doktor pon kesian budak ni nak raya ;)

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...