Posts

Showing posts from June, 2017

Agar-agar Santan Gula Melaka

Image
Alhamdulillah perancangan Allah maha hebat, the 1st 2 weeks of Ramadhan this year jatuh pada cuti sekolah. Lega sikit hubby & I, kalau tak haru la si bujang kecil tu mau telefon nak balik rumah terus xnak sekolah. Semangat membara prepare juadah buka tu membuak-buak untuk 2 minggu pertama je la. Lepas Hafiy dah balik asrama, teringatkan apa dia berbuka terus tak berapa semangat nak memasak. Hati ni bertambah sedih bila si abang kata adik cakap dia sedih membesar cepat sangat sebab dah semakin kurang memori dia kat rumah ... ;(
Agar-agar santan ni pernah buat denga resepi lain. Kali ni kita ambil dari blog kak yatiememories pulak. Dah lama betul dia menyepi, kalau tak seronok jamu mata kagum dengan hasil air tangan dia apabila buat segala macam jenis talam dan kuih kukus.
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA Resepi: Naz (Cute Oven)
1 paket serbuk agar-agar 10 gm  1 liter air (4 cawan)  1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)  1/4 cwn gula pasir  250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml sant…

Onigirazu

Image
Menu mmm ... sebulan yang lepas kot. Lemau betul bulan puasa tahun ni, asyik tak cukup oksigen ... nak menguap je  .. ;) I buat for picnic dengan bujang kecik kat sekolah dia. Senang ... all-in-one meal, you get carb (rice), protein (daging/ayam) dan veggies in one bite! Onigiri biasa dengar la kan, tapi apa pulak onigirazu ni?
Nama Onigirazu ni datang dari Japanese rice ball - Onigiri. Onigiri ialah nasi kepal berbentuk segitiga (traditional), bulat atau silinder, yang diisi inti seperti bonito flakes yang dah diperisakan dgn kicap jepun, pickled plum, tuna mayo atau pelbagai inti2 lain, kemudian dibalut dengan nori seaweed. 
Onigiri berasal dari perkataan Jepun Nigiru yang bermaksud mengepal dengan padat. Bila tidak mengepal dengan padat mereka panggil Nigiranai atau Nigirazu.
Jadi Onigirazu ialah bebola nasi (Onigiri) yang tidak dikepal seperti bentuk traditional nya, segitiga. Senang kata, bukan warga Jepun panggil makanan ni sushi sandwich ;)

Onigirazu ni senang je nak assemble,…