Sunday, July 30, 2017

Small Shell Pasta dengan Sup Ayam Istimewa


Ketika sedang menaip post ini, I buka Astro Oasis kebetulan slot Tazkirah Malam Jumaat Ep 022 (Mengejar Malaikat Maut). Air mata tak semena-mena menitis kala mendengar Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (yg kebetulan adik kepada kawan sebilik I masa matriks di Kangar) bercerita kisah Mush'ab bin Umair, seorang tampan dan kaya keturunan Quraisy di Kota Mekah. Kemudian ketika Islam datang, dia jual dunianya dengan kekalnya kebahagiaan di akhirat.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا رَأَيْتُ بِمَكَّةَ أَحَدًا أَحْسَنَ لِمَّةً ، وَلا أَرَقَّ حُلَّةً ، وَلا أَنْعَمَ نِعْمَةً مِنْ مُصْعَبِ بْنِ عُمَيْرٍ

“Aku tidak pernah melihat seorang pun di Mekah yang lebih rapi rambutnya, paling bagus pakaiannya, dan paling banyak diberi kenikmatan selain dari Mush’ab bin Umair.” (HR. Hakim).

Dipendekkan cerita, daripada seorang yang jahil tentang agama dia menjadi salah seorang sahabat yang paling dalam ilmunya kerana sering mendekatkan diri dengan Rasulullah. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusnya ke Madinah untuk berdakwah di sana. Apabila sampai ke pengetahuan ibu Mus'ab dia meninggalkan agama nenek moyang dan hartanya untuk berjuang ke arah Islam, dia ditangkap, dikurung dan diseksa oleh keluarganya.

Kenikmatan-kenikmatan hidup yang biasa dia rasakan tidak lagi dia rasakan ketika memeluk Islam. Betapa teguhnya iman Mus'ab sehingga disaat kematiannya tiada kain yang dapat menutup jasadnya dengan sempurna. Khabab berkata mengenang Mush’ab, “Ia terbunuh di Perang Uhud. Ia hanya meninggalkan pakaian wool bergaris-garis (untuk kafannya). Kalau kami tutupkan kain itu di kepalanya, maka kakinya terbuka. Jika kami tarik ke kakinya, maka kepalanya terbuka. Rasulullah pun memerintahkan kami agar menarik kain ke arah kepalanya dan menutupi kakinya dengan rumput idkhir…” (HR. Bukhari no.3897). Ya Allah, jadikan aku, suamiku, anak-anakku dan keluargaku hambaMu yang sabar dan kukuh imannya sebagaimana sahabat Rasullullah.


Beberapa hari lepas teringat pulak menu makaroni sup ayam yang makan kat dining hall kat asrama. Terus ku google nak cari resepi makaroni sup yang power. Hati terpikat dengan resepi yang dikongsi kak Azie dari Azie Kitchen. Indeed memang special, lain dari yang lain apabila sup ayam dimasukkan air asam dan sedikit belacan bakar. Disebabkan nak tahu macamana rasanya jadi istimewa sangat tu, terus I masuk dapur untuk masak ... haha ...

Trust me, this one is definitely a keeper recipe. Rasa sedikit rugi bila resepi ni dah lama dikongsi, tapi baru sekarang I jumpa.


SMALL SHELL PASTA dengan SUP AYAM ISTIMEWA
Sumber: Azie Kitchen

1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 
Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.
Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.


Thursday, July 27, 2017

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Jelatah


Ni menu bulan ramadhan yang lepas. Bila dah buntu apa nak makan untuk berbuka, adik dan cousin kata masak la nasi berperisa. Maka kita pon masak la nasi tomato. Lepas dah belek-belek kat internet, berkenan la nak cuba resepi dari Mamak Haji ni. 

Last time masak guna resepi orang lain, sedap juga tapi sebab tak masukkan entry kat sini, dah tak ingat la resepi siapa. Resepi mamak haji ni pon sedap dan mudah je nak buat, jadi kena simpan la resepinya kat blog ni lain kali xla tercari-cari lagi.

As usual, dah ada noxxa kan, kita masak guna noxxa la. Cepat pon cepat. I refer sajian dapur bonda untuk masak nasi ni cara noxxa.

NASI TOMATO
Resepi Asal: Mamak Haji Roslan

Bahan-bahannya:
1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras 
¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
¼ tin susu cair
3 sudu besar serbuk badam
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)

Bahan-bahan Tumis:
1 ½ sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis 3”
1 helai daun pandan dikerat 4 inci
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
½ sudu besar gula pasir
20 gram buah kismis


Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan. 
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ untuk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas. 



Gandingan nasi tomato yang paling win dah tentu la ayam masak merah, kan. Untuk resepi, boleh refer sini. Next time I nak cuba gandingkan dengan Ayam Semanis Kurma pulak. Macam menarik je. Teringin nak tahu macamana rasanya.

I suka buat jelatah lagi dari acar untuk digandingkan dengan nasi tomato ni sebab sayur-sayur tu pon lebih crunchy, jadi kita dapat pelbagai tekstur yang berbeza la bila makan nanti.

Sunday, July 23, 2017

Asam Pedas Sardin dengan Kentang


Asam Pedas Sardin ni pon menu hari yang sama time buat capati. Uihh rasa nak meleleh air liur time menulis ni ... capati cicah dengan lauk asam podeh ni pon mmg layanzz la. Tu yang 3kg tepung pon xcukup .. hehe .. 

Dah azan asar pulak, nnt kita sambung cerita kemudian.

Asam pedas sardin bila dimasukkan kentang, mmg wow lah. Kebiasaannya orang lain bila masak pedas, mesti letak belacan ... tapi tidak bagi I. Apa-apa asam pedas pon bila I masak mmg xsuka letak belacan. Sama juga dengan sambal, kita xberapa suka letak belacan.

ASAM PEDAS SARDIN DENGAN KENTANG

1 tin sardin - saiz sederhana
2 biji kentang - dipotong empat
1 sudu asam jawa + 2 mangkuk air - anggaran
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar - dimayang kasar atau dipotong baji
2 sudu minyak
Serai - jika suka
Tomato

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rebus
1 bawang besar
2 bawang putih
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan blend hingga harum, masukkan serai, tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya, biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
  2. Tambah ikan sardine tin dan separuh sos ikan sardine tadi (agak2 la ikut selera). Masak dengan api sederhana, masukkan kentang. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Bila kentang dah empuk, masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, capati, jemput-jemput atau lempeng .... nyummss ... Selamat mencuba!!




Sunday, July 16, 2017

Sedapnya ... Kuah Kacang Dal


Syawal tahun ni rasa agak kosong sebab first time kami beraya tanpa nenda tercinta. Biasanya first day raya meriah betul saudara mara berkunjung sebab nak jumpa nenek memandangkan nenek antara generasi tertua yg masih ada lagi dalam keluarga besar kami. Walau pun kami masih berkumpul beraya bersama dikampung macam kebiasaannya, di dalam hiruk pikuk dan gelak ketawa masih terselit rasa rindu yang amat dan tanpa sedar bergenang jua airmata. Sesungguhnya aku sangat rindu dia ... nenek a.k.a mak ;(

Antara menu raya kat kampung yang I buat tahun ni ialah capati yang digandingkan dengan kuah kacang dal. Laku macam goreng pisang panas ... tak sia-sia Marjina menguli ... haha. 3kg xcukup, I tell you, sampai kita kena ulang buat.

Resepi ni I copy dari cik Mas Duniaku. Tq Mas, introduced resepi yang best ni. Semoga bisnes Mas terus maju & maju. Disebabkan tak plan nak buat kuah dal ni, kita tak sempat la nak rendam semalaman tapi rebus je lama sikit hingga empuk.

KUAH KACANG DAL 
Resepi : Irni Maizura FB

BAHAN UTAMA
1 mangkuk kacang dal
Direndam semalaman, keesokan harinya ditos dan direbus hingga empuk.

Bahan-bahan A:
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 sudu udang kering

Kisar halus dahulu bahan-bahan ini.

Bahan-bahan B:
5 biji lada kering dikerat 4 (Dicuci dahulu)
1-2 tangkai daun kari
1-2 sudu biji sawi
1 sudu jintan halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1-2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan-bahan C:
Sedikit kacang panjang dipotong sederhana panjang ... (kalau suka boleh letak)

♥♥♥
  1. Tumis bahan A sehingga agak garing sedikit.
  2. Padamkan api dan masukkan daun kari.
  3. Masukkan bahan-bahan tumisan ini ke dalam periuk yang berisi dal rebus tadi. 
  4. Bila kuah sudah agak kering, tambahkan lagi air  ... agak-agak, jangan kuah pekat. 
  5. Masukkan lada kering, biji sawi, serbuk kunyit, garam secukup rasa, sedikit gula dan jintan halus.
  6. Masak sehingga kuah dal sedap dan secukup rasa. 
  7. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan empuk sebentar.
  8. Hasil kuah tu mestilah cair-cair sedikit, jangan pekat-pekat sangat.
  9. Hidangkan bersama capati. Untuk resepi capati yang sedap dan lembut, refer sini.






Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...