Wednesday, August 9, 2017

Bubur Candil juadah buat tetamu di hari raya


Raya baru baru ni my aunty tetiba kata rasa nak makan bubur ni, maka lepas settle masak lunch terus la gentel tepung buat bubur. Ada tetamu yang datang beraya hari tu dapat la juga merasa.

Ada banyak versi bubur candil, tapi cara kami buat macam ni la. Kuahnya kita letak sikit tepung beras, lagi sedap lemak berkrim ;)

BUBUR CANDIL
Sumber: Ain 

2 cawan tepung pulut
1 1/3 cawan air+ jus pandan + sedikit garam, atau air biasa + sedikit garam - utk uli tepung
sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
Air secukupnya - utk merebus bubur candil

Campurkan tepung pulut,  dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
Campurkan air jus pandan sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
Didihkan air dlm periuk, bulat-bulatkan adunan dan rebus ke dlm air yg mendidih.
Apabila doh tu timbul, bolehlah diangkat dan tapiskan.

1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
sedikit air
2 sudu makan tepung beras
Gula pasir secukupnya - sekadar manis buah
2 helai daun pandan

Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair, santan pekat, tepung beras dan gula pasir. Masukkan sedikit air, kuah tidak pekat atau terlalu cair. Masukkan daun pandan. Masakkan di atas api. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah. Masukkan bebola candil tadi dan gaul sebati. Biarkan mendidih. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


Sunday, August 6, 2017

Buttered Prawn ... simple, sedap, menambat selera


Menu yang dah lama buat jugak tapi baru ada kesempatan nak share. Sangat happy bila kali ni buat menjadi sangat2 floss dia. First time buat dulu memang fail, jadi lepas tu fobia kejap la nak buat ;). Bila tengok entry kak noor yang dok kat brunei tu macam senang je nak buat, baru la timbul keberanian nak cuba balik.

Alhamdulillah, memang senang sangat rupanya nak dapat floss yang cantik dan halus. Yang penting kena tahu teknik dan tarik tinggi supaya halus mulus kejadian floss tu. I suka floss yang banyak (kolestrol tolak tepi la ... hehe) jadi, lebihkan kuning telur tu dan ikut tips kak noor gak, letak brown sugar sikit, sikittt je .. baru lagi sedap. 

BUTTERED PRAWN
Resepi: Bicara Kak Noor

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak


1. Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2. Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3. Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4. Buat sampai habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa-apa penapis yg ada lah ya.

12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam 
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam


5. Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6. Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7. Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8. Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedap di ratah atau dimakan dengan nasi putih.

Saturday, August 5, 2017

Asam Pedas Tetel Melaka


Kalau dah nama orang Melaka, asam pedas memang tak tinggal la. Menu beberapa minggu nan lepas. Antara lauk favourite laki dan anak-anak, ni. Boleh makan berpinggan-pinggan kalau ada lauk ni, nak  pulak ada telur masin, sambal belacan dan telur dadar. Nikmat sangat ... kan.

Biasa I masak asam pedas tetel cara lain, tapi hari tu ternampak resepi yang lain sikit dekat web majalah rasa. So I cuba la masak ikut stail resepi tu pulak sebab tertarik dengan caranya yang letak daun limau purut dan ketumbar yang telah dikisar. Menarik dan sedap. 


ASAM PEDAS TETEL MELAKA
Sumber: Majalah Rasa
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dipotong kecil
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato | dipotong baji
1 kuntum bunga kantan
500ml air
250ml air asam jawa
15ml minyak masak
Garam secukup rasa
1 kiub pati daging

BAHAN-BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas
2.5cm halia
3 batang serai
3 biji buah keras
1 inci belacan
4 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar

1.Kisar daun limau purut bersama daun ketumbar. Sementara itu, kisar bahan-bahan kisar seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai, buah keras dan belacan sehingga lumat.
2.Rebus terlebih dahulu daging untuk memastikan ia masak dengan lebih sempurna.
3.Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk lumat sehingga garing dan naik baunya.
4.Masukkan perahan air asam jawa, kiub daging dan biarkan ia mereneh seketika sehingga daging masak dan empuk.
5.Kemudian masukkan daun limau purut, tomato dan bunga kantan. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ia pekat dan pecah minyak sebelum dihidangkan.


Selain dari sambal belacan dan ulam, I ada masak kangkung goreng belacan ni gak that day, memang lazat la makan dengan asam podeh!! ;)


Bubur Candil juadah buat tetamu di hari raya

Raya baru baru ni my aunty tetiba kata rasa nak makan bubur ni, maka lepas settle masak lunch terus la gentel tepung buat bubur. Ada tet...